KEAHLIAN

 

_________________________________________________________⌘_________________________________________________________

Sesungguhnya penubuhan sebuah organisasi yang bernama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia atau ringkasnya ‘MUAFAKAT’ yang menghimpun dan menggembeling seluruh tenaga berwibawa bagi melengkapi keberadaan berbagai-bagai organisasi dan institusi lain yang sedang memperjuangkan kesejahteraan umat di hari ini adalah suatu usaha yang harus melalui fasa-fasa rejuvenasi dari masa ke masa bagi menyesuaikan diri dengan perubahan dan mengekalkan momentum da'wah pertubuhan.

Syarat-syarat keahlian untuk bersama dalam saf Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia adalah seperti berikut:

  • Tertakluk kepada Fasal 5(5), keahlian Pertubuhan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah menggunakan borang permohonan yang ditetapkan oleh JPP dari masa ke masa.

  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini melainkan ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

  • Yuran keahlian yang perlu dijelaskan adalah RM50.00 sekali sepanjang tempoh keahlian.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Ehsan melalui nombor berikut:

Pejabat: +603 4107 1025
Whatsapp: +6019 427 1025

_________________________________________________________⌘_________________________________________________________
Top