Koleksi Ilmiah 2017 MUAFAKAT Untuk Anda Miliki

Judul Buku: SIRI PENCERAHAN 1 - RAHMATAN LIL ALAMIN

Sinopsis:

Perlu diberi suatu nota penting, bahawa, orang-orang bukan Islām akan mendapat Raḥmat di dunia ini, seperti yang dihurai oleh para Mufassirīn itu. Syarat utamanya ialah jika mereka turut patuh dan menghayati niẓām atau peraturan-peraturan Islām yang dikenakan kepada mereka oleh dekri atau decree negara. Ini bukan bermakna mereka dipaksa memeluk Agama Islām kerana ajaran Islām melarang berbuat demikian. Akan tetapi sebagai menyangkut Maqāṣid Syara‘ dalam prinsip Memelihara Keselamatan Masyarakat dan Keselamatan Negara, mereka sewajarnya menerima peraturan-peraturan ‘am negara. Selama ini pun, mereka bukan mengikut peraturan agama mereka tetapi mengikut peraturan yang dicipta oleh manusia dalam bentuk ideologi dan sistem Sekular. Akan tetapi dalam wacana kaum Sekular-Liberal zaman sekarang, mereka tidak menekankan kewajipan orang bukan Islām mematuhi peraturan Islām dalam wilayah yang mereka duduki, tetapi memfitnah dan menuduh serta menyalahkan orang Islām kerana dikatakan tidak meraikan dan menghormati mereka yang bukan Islām itu. …

Seseorang yang tidak menjumpai dirinya yang sebenar seperti yang dihurai dalam epistemologi Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, bermakna ia tidak mendapat Raḥmat Allāh. Ini adalah kerana dengan mengenali akan dirinya yang sebenar mengikut ontologi dan epistemologi Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, maka ia akan dapat pula mengenali akan Rabbnya. Mengenali akan Rabbnya adalah suatu Raḥmat besar. Ramai manusia tidak dapat menjumpai dirinya yang sebenar, justeru ia dikatakan oleh al-Qur'ān sebagai binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka tidak mendapat Raḥmat, malah mendapat petaka. Menjumpai diri adalah suatu Raḥmat Kedamaian dan Kebahagiaan dalaman atau Rūḥāniyyah dan ‘menjumpai' Allāh adalah suatu Kebahagiaan yang lebih tinggi pula. ….


Pengarang: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2018

Terbitan: PERTUBUHAN  MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-7-5

Harga Pasaran: RM10.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung/Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: SIRI PENCERAHAN 2 - WELTANSCHAUUNG 'AQAL

Sinopsis:

Dan ketahuilah, orang yang ber‘Aqal [berfikir] ialah orang yang menta‘ati Allāh, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah dan pakaiannya tidak sempurna. Ada pun orang yang Jāhil ialah yang mendurhakai Allāh Ta‘ālā, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi, perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi, lebih ber‘Aqal di sisi Allāh Ta‘ālā dari orang yang durhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh sanjungan ahli dunia kepada anda, kerana sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang rugi.

Menurut Ustāz ‘Uthmān el-Muḥammady, seorang ‘Ulamā'-intelektual tersohor Nusantara, “apa yang dipanggil ‘aqal hari ini sebenarnya permainan kera…yaitu fikiran manusia bermain-main dengan konsep-konsep, baik konsep yang kudus atau yang bukan, tanpa merealisasi hakikat konsep-konsep itu atau tanpa menerbus hakikat-hakikatnya …”

Pengarang: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2018

Terbitan: PERTUBUHAN  MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-8-2

Harga Pasaran: RM20.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung/Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: SIRI PENCERAHAN 3 - KOSMOLOGI PENCERAHAN ISLAMI

Sinopsis:

Pencerahan dalam ontologi dan epistemologi Islām Sunni, secara sederhananya bermaksud: keluar dari kegelapan kesyirikan kepada kecerahan Tawḥīd - mina 'ẓ-ẓulumāt ila'l nūr dan dari kegelapan Jāhiliyyah kepada kecerahan Nūr Muḥammadiyyah. Ummat Islām sudah cerah-menerang kerana Islām adalah suatu gugusan Nūr atau Cahaya yang terang-benderang seperti dinyatakan oleh Allāh dalam al- Qur'ān . Umat manusia dan ‘Alam Semesta ini sudah disuluh dan diterangi oleh Cahaya Qur'ān ik, Cahaya Nubuwwah dan Risālah al-Khālidah dari suluhan yang dibawa Rasūlullāh yang merupakan lampu yang bergemerlapan atau sirājan munīrā seperti ungkapan al- Qur'ān …

Syaykh Ibnu ‘Aṭā'illāh berkata: Cahaya atau al-Nūr, adalah tentera hati; seperti kegelapan adalah tentera nafsu. Ini bererti, Cahaya Ilāhī adalah suatu tenaga kekuatan tentera yang mulia dan akan merempuh tentera syaitan dan tentera hawa nafsu keIblisan. Justeru kata Syaykh Ibnu ‘Aṭā'illāh, peperangan yang paling sengit adalah pertarungan antara kegelapan dengan Cahaya di dalam hati, yang berlangsung dari awal sampai akhir hayat manusia…


Pengarang: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2018

Terbitan: PERTUBUHAN  MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-9-9

Harga Pasaran: RM10.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung/Labuan, Sabah & Sarawak)

Judul Buku: AKHLAQ DALAM ISLAM

Sinopsis:

Buku ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian pertama menjelaskan kejadian insan dari kacamata psikologi ruhaniyyah dalam Islam. Bahagian kedua memberi penerangan berkaitan sifat-sifat utama yang perlu dalam diri insan bagi mencapai kesempurnaan iman. Bahagian ketiga, menjelaskan hubungan sifat-sifat utama dalam diri insan dengan sifat-sifat kemuliaan diri insan.


Pengarang: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Kata Pengantar: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2017

Terbitan: PERTUBUHAN  MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-4-4

Harga Pasaran: RM15.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: AL-FIRQAH AL-NAJIYAH

Sinopsis:

Buku ini mengandungi empat bahagian: Bahagian pertama menjelaskan perihal golongan yang berjaya, iaitu Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Bahagian kedua berkaitan Rukun Iman dan Rukun Islam. Manakala bahagian ketiga bertajuk Doktrin Asya‘irah dalam Perspektif Pembinaan Ummah Islamiyyah: Satu Pengamatan Awal. Bahagian terakhir, Tahwid Menentang Syirik Dalam Fahaman dan Amalan.


Pengarang: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Kata Pengantar: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2017

Terbitan: PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-6-8

Harga Pasaran: RM25.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: ISLAM DAN FITNAH MODENISME

Sinopsis:

Buku ini menjelaskan ciri-ciri Modenisme yang terpenting, hubungannya dengan proses Pembaratan, siapakah Modernists, Islah dan Tajdid oleh Modernists, dan juga langkah-langkah untuk kembali ajaran Islam yang sebenar.


Pengarang: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Kata Pengantar: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2017

Terbitan: PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-5-1

Harga Pasaran: RM20.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 


Cetakan Berkualiti Sejak Dari Tahun 2004 Bersama Umat Dilapangan Da'wah Negara

 

Judul Buku: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY INTELIGENSIA MUSLIM KONTEMPORARI

Sinopsis:

Buku ini memperihalkan pemikiran atau cara berfikir Ustaz Muhammad ‘Uthman el-Muhammady dalam mempertahankan Islam dan Ummah daripada bentuk pemikiran yang menyeleweng, menggunakan wacana Tradisi Islam yang kebanyakannya telah ditinggalkan oleh mereka yang mengaku sebagai aktivis atau pendakwah.


Pengarang: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: OKTOBER 2014

Terbitan: PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-3-7

Harga Pasaran: RM12.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: FALSAFAH AGAMA JOHN HICK PENGAMATAN DARI PERSPEKTIF AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Sinopsis:

Buku ini membuat satu pendedahan tentang pemikiran, doktrin dan konsep Pluralisme Agama tajaan John Harwood Hick, seorang professor Falsafah Keagamaan dari England (1922-2012) dari perspektif ajaran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah.


Pengarang: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: PERTAMA 2012

Terbitan: PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 976-967-1098-81-3

Harga Pasaran: RM8.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: PLURALISME AGAMA DI ALAM MELAYU SATU ANCAMAN KEPADA KESEJAHTERAAN UMAT

Sinopsis:

Buku ini membicarakan Pluralisme Agama yang masuk ke Alam Melayu sebagai satu ancaman kepada Tradisi yang telah dipegang berkurun lamanya. Ada juga dibincangkan berkaitan Islam Liberal.


Pengarang: MOHD NAKHAIE AHMAD
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: PERTAMA 2012

Terbitan: PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

ISBN: 978-967-10988-2-0

Harga Pasaran: RM5.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

 

Lain-lain Rujukan Popular

 

Judul Buku: SANG NILA UTAMA AND THE LION OF JUDAH

Sinopsis:

-


Pengarang: IAIAN BUCHANAN
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: PERTAMA 2015

Terbitan: CITIZENS INTERNATIONAL PULAU PINANG

ISBN: 978-983-3302-18-5

Harga Pasaran: RM30.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: THE ARMIES OF GOD

Sinopsis:

-


Pengarang: IAIAN BUCHNAN
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: PERTAMA 2010

Terbitan: CITIZENS INTERNATIONAL PULAU PINANG

ISBN: 978-983-3046-09-6

Harga Pasaran: RM45.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: PENDUKUNG PANJI-PANJI ISLAM SEPANJANG ZAMAN

Sinopsis:

-


Pengarang: ABU AL-HASSAN 'ALI AL-NADWI
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: 1992

Terbitan: IPTI KUALA LUMPUR

ISBN: 983-99851-1-6

Harga Pasaran: RM10.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Judul Buku: MENCARI NAMA TUHAN

Sinopsis:

-


Pengarang: MOHAMED AJMAL ABD RAZAK AL-AIDRUS
Kata Pengantar: -
Penyunting: -

Cetakan: 2013

Terbitan: ISTAC 

ISBN: 978-967-11910-0-2

Harga Pasaran: RM10.00

Harga Tidak Termasuk Penghantaran (Semenanjung / Labuan, Sabah & Sarawak)

 

Top