Tokoh Penting Manhaj Yang Berjaya

Oleh: Ustaz Amir Izzat Abidin Alhafiz

Usaha murni Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini harus difahami agar generasi akan datang terus aktif di dalam pelbagai bidang namun jelas dan berpegang kepada Aqidah Tawhid yang benar dan tidak mudah hanyut dengan pelbagai kaedah pemikiran radikal, songsang dan menyeleweng yang diimpot kerana ia bertentangan dengan disiplin Aqidah yang disepakati ulama Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.
 

TOKOH PENTING BERI'TIQAD AHLU AL-SUNNAH WA AL-JAMĀ‘AH DARI KALANGAN PEMIMPIN POLITIK

Salahuddin al-Ayyubi, al-Muzaffar Qutz, al-Zahir Biberse, sultan-sultan al-Ayyubi dan pemerintah-pemerintah, al-Sultan Muhammad al-Fateh dan sultan-sultan al-‘Uthmaniyyin, Nizam al-Mulk dan ramai lagi pemerintah selain mereka.

 



Al-Sultan Muhammad al-Fateh terkenal dengan kehebatan kepimpinannya menakluk
kota Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran empayar
Byzantine

 

Kehebatan tentera pimpinan Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Jerusalem
dari kerajaan pimpinan Richard The Lionheart dari England yang pada ketika itu dibantu
tentera salib dari seluruh benua Eropah

Inilah yang dikatakan al-Jamā‘ah atau al-Sawad al-A’zam iaitu golongan majoriti daripada kalangan ulama-ulama kerana mustahil sama sekali mereka bersepakat atas pembohongan. Merekalah ulama yang menjadi rujukan seluruh dunia iaitu ulama yang mengikut manhaj Nabi dan manhaj para sahabat. Mereka berpegang dengan akidah al-Asya’irah dan al-Maturidi.

DARI KALANGAN ULAMA' HADITH

Al-Daruqutani, al-Hakim, al-Baihaqi, al-Khatib al-Baghdadi, Ibnu ‘Asakir, al-Khathtabi, Abu Nu’aim al-Ashbahani, al-Sam’ani, Ibnu Qathtan, al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnu al-Salah, al-Munziri, al-Nawawi, al-Haithami, al-Mizzi, Ibnu Hajar, Ibnu al-Munayyir, Ibnu al-Bathatal, kebanyakkan ulama mensyarahkan al-Sahihain dan pensyarah al-Sunnan, al’Iraqi dan anaknya, Ibnu Jamaah, al-‘Ainiy, al-Allaiy, Ibnu al-Mulaqqin, Ibnu Daqiq al-‘Idi, Ibnu al-Zamalkani, al-Zaila’I, al-Suyuthi, Ibnu ‘Illan, al-Sakhawi, al-Munawi, ‘Ali al-Qari, al-Jalal al-Dawwani, al-Baiquni, al-Laknawi, al-Zabidi dan ramai lagi para ulama selain mereka.

DARI KALANGAN AHLI GEOGRAFI, SAINS DAN SEJARAH DUNIA

al-Qadhi ‘Iyadh, al-Muhib, al-Thabari, Ibnu ‘Asakir, al-Khatib al-Baghdadi, Abu Nu’aim al-Asbahani, Ibnu Hajar, al-Mizzi, al-Suhaili, al-Shaalihi, al-Suyuthi, Ibnu al-Athir, Ibnu Khaldun, al-Tilimsani, al-Qisthallani, Ibnu Khalakan, Ibnu Qadhi Syubhah, Ibnu Nashir al-Din dan ramai lagi ulama selain mereka.

DARI KALANGAN ULAMA NUSANTARA

Syeikh Muhammad Zain b Jalaluddin al-Aceh (lahir pada kurun ke 10H), Syeikh Daud b. Abdullah al-Fatani pengarang kitab Sullamul Mudtadi (lahir pada 1187H), Syeikh Abdul Samad al-Falimbani pengarang kitab Siarus Salikin (m. 1206H), Syeikh Abdul Qadir b. Abdul Rahim (m. 1280H kurang lebih), Syeikh Tuan Minal Zainal Abidin al-Fatani pengarang kitab Aqidatul Najin (kurun 13H), Syeikh Muhammad Umar b. Nawawi al-Bantani merupakan ulama yang mensyarahkan kitab Sullam al-Taufiq (m. 1314H), Syeikh Haji Muhammad Saleh Darat, Syeikh Wan Ali b. Abdul Rahman b. Abdul Ghafur Kutan al-Kalantani (m. 1331H), Syeikh Muhammad b. Ismail Daud al-Fatani pengarang kitab Mathla’ul Badrain (m.1333H), Syeikh Muhammad Khatib al-Minangkabawi (m.1334H), Syeikh Husain b. Muhammad Nasir b. Muhammad Tayyib al-Mas’udi al-Banjari pengarang kitab Hidayah al-Mutafakkirin (m.1354H), Syeikh Mukhtar b. ‘Atarid al-Bantawi al-Bogori pengarang kitab Usuluddin I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syeikh Sirajuddin ‘Abbas pengarang kitab Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syeikh Wan Ismail b. Abdul Qadir b. Mustafa al-Fatani pengarang kitab Bakurah Amani dan al-Musnid Dunia al-Muhaddith Syeikh Ysin al-Fadani (m.1410H).

DARI KALANGAN AHLI TAFSIR DAN ULUM AL-QURAN

Al-Jassas, Abu ‘Amri al-Dani, al-Qurtubi, Ilkiya al-Hurasi, Ibnu al-‘Arabi, al-Razim Ibnu ‘Athiyyah, al-Mahalli, al-Baidhawi, al-Tha’alibi, Abu Hayyan, Ibnu al-Jazari, al-Samarqandi, al-Zarkasyi, al-Suyuthi, al-Zurqani, al-Nasafi, al-Qasimi, dan ramai lagi para ulama selain mereka.

DARI KALANGAN ULAMA NAHU SORF

Al-Jurjani, al-Qazwini, Abu al-Barakat al-Anbari, al-Suyuthi, ibnu Malik, Ibnu ‘Aqil, Ibnu Hisyam, Ibnu Manzhur, al-Fairuzaabadi, al-Zabidi, Ibnu Hajib, Abu Hayyan, Ibnu al-Athir, al-Hanawi, Ibnu Faris, al-Kafwi, Ibnu Aajurrum, al-Hattab, al-Andal dan ramai lagi ulama selain mereka.

(Dipetik dan disusun berdasarkan buku Ahlu al-Sunnah wal Jamaah Golongan Yang Terselamat, hasil dari Kertas Pembentangan Seminar Pemurnian Akidah 2013, Manhaj al-Quran dan al-Sunnah Memelihara Kesatuan Akidah dan Ummah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, 3 Julai 2013).

 

 

Maulana Syekh Dr Ali Jum'ah di antara tokoh penting sains politik, fiqh dan hadith berakidah Ahlu al-Sunnah
wa al-Jamā‘ah di Universiti Al-Azhar Mesir dan beliau masih berjasa kepada dunia Islam sehingga ke hari ini
(ketika laman ini dibina). Semoga Allah berkati dan panjangkan usia beliau


UCAPAN DASAR MAWLĀNĀ SYAYKH DR. ‘ALĪ JUM‘AH DI MUKTAMAR ANTARABANGSA AHLU AL-SUNNAH WA AL-JAMĀ‘AH DI CHECHNYA PADA TAHUN 2016

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah membezakan antara teks wahyu (al-Qur'an dan Sunnah), penafsiran dan penerapannya, dalam upaya melakukan tahqīq manāth (memastikan kesesuaian sebab hukum pada kejadian) dan takhrīj manāth (memahami sebab hukum). Metodologi inilah yang melahirkan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah adalah majoriti umat Islam sepanjang masa dan zaman, sehingga golongan lain menyebut mereka dengan sebutan: "Al-'Āmmah (orang-orang umum) atau al-Jumhūr", kerana lebih dari 90 peratus umat Islam adalah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Mereka mentransmisikan teks wahyu dengan sangat baik, mereka menafsirkannya, menjabarkan yang mujmal (global), kemudian memanifestasikannya dalam kehidupan dunia ini, sehingga mereka memakmurkan bumi dan semua yang berada di atasnya.

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah adalah golongan yang menjadikan Ḥadīth Jibrīl yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Ṣaḥīḥ-nya, sebagai dalil pembahagian tiang agama menjadi tiga: Iman, Islam dan Ihsān, untuk kemudian memecahkan ilmu kepada tiga ilmu utama, iaitu: Aqidah, Fiqh dan Tasawwuf. Setiap imam dari para imam Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah telah melaksanakan tugas sesuai bakat yang Allah berikan.

Mereka bukan hanya memahami teks wahyu saja, tapi mereka juga menekankan pentingnya memahami realiti kehidupan. Al-Qarāfī dalam kitab Tamyīz al-Aḥkām menjelaskan: Kita harus memahami realiti kehidupan kita. Kerana jika kita mengambil hukum yang ada di dalam kitab-kitab dan serta-merta menerapkannya kepada realiti apapun, tanpa kita pastikan kesesuaian antara sebab hukum dan realiti kejadian, maka kita telah menyesatkan manusia.

Di samping memahami teks wahyu dan memahami realiti, Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah juga menambahkan unsur penting ketiga, iaitu tatacara memanifestasikan atau menerapkan teks wahyu yang qaṭ‘ī kepada realiti kejadian yang bersifat relatif. Semua ini ditulis dengan jelas oleh mereka, dan ini juga yang dijalankan hingga saat ini. Segala puji hanya bagi Allah yang kerana anugerah-Nya semua hal baik menjadi sempurna.

Inilah yang tidak dimiliki oleh kelompok-kelompak radikal. Mereka tidak memahami teks wahyu. Mereka meyakini bahawa semua yang terlintas di benak mereka adalah kebenaran yang wajib mereka ikuti dengan patuh. Mereka tidak memahami realiti kehidupan. Mereka juga tidak memiliki kaedah dalam menerapkan teks wahyu pada tataran realiti. Kerana itu mereka sesat dan menyesatkan, seperti yang Imam al-Qarāfī jelaskan.

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah tidak mengkafirkan siapapun, kecuali orang yang mengakui bahawa ia telah keluar dari Islam, juga orang yang keluar dari barisan umat Islam. Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah tidak pernah mengkafirkan orang yang salat menghadap kiblat. Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah tidak pernah menggiring manusia untuk mencari kekuasaan, menumpahkan darah, dan tidak pula mengikuti syahwat berahi (yang haram).

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah menerima perbezaan dan menjelaskan dalil-dalil setiap permasalahan, serta menerima kemajmukan dan keragaman dalam Aqidah, atau Fiqh, atau Tasawwuf:

(mengutip 3 bait dari al-Burdah):

"Para Nabi semua meminta dari dirinya.
Seceduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan ilmunya.
Para Nabi sama berdiri di puncak mereka.
Mengharap setitik ilmu atau selonggok hikmahnya.
Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya.
Terpilih sebagai kekasih Allah Pencipta manusia.
"

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah berada di jalan cahaya terang yang malamnya seterang siangnya, orang yang keluar dari jalan itu pasti binasa.
 
Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah menyeru kepada kebajikan, dan melarang kemungkaran. Mereka juga waspada dalam menjalankan agama, mereka tidak pernah menjadikan kekerasan sebagai jalan.

Diriwayatkan dari Sahabat Abū Mūsā al-Asy‘arī, bahawa Rasulullah   bersabda: "...hingga seseorang membunuh jirannya, saudaranya, ayah saudaranya dan sepupunya". Para Sahabat tercengang: "Subhānallah, apakah saat itu mereka punya akal yang waras?" Rasulullah menjawab: "Tidak. Allah telah mencabut akal orang-orang yang hidup pada masa itu, sehingga mereka merasa benar, padahal mereka tidaklah dalam kebenaran."

Rasulullah juga bersabda: "Barangsiapa yang keluar dari barisan umatku, menikam (membunuh) orang soleh dan orang jahatnya, ia tidak peduli pada orang Mu'min juga tidak menghormati orang yang melakukan perjanjian damai (Ahlu Dzimmah), sungguh dia bukanlah sebahagian dari aku, dan aku bukanlah sebahagian dari dia."

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah memahami Syariat dari awalnya. Mereka memahami "Bismillāhirrahmānirrahīm" (dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Allah menyebutkan dua Nama-Nya, iaitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tidak mengatakan: "Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Membalas dan Maha Kuat". Oleh itu Allah menyampaikan pesan keindahan dalam keindahan (melalui al-Raḥmān dan al-Raḥīm). Allah tidak mengenalkan diri-Nya dengan keagungan-Nya .

Kami belajar "Bismillāhirraḥmānirraḥīm" di al-Azhar. Para ulama al-Azhar saat menafsirkannya menjelaskan dengan banyak ilmu. Mereka menjelaskan "Bismillāhirraḥmānirraḥīm" dari banyak perspektif ilmu: Fiqh, Mantiq (logika), Aqidah, suluk dan Balaghah. Mereka sabar duduk menjelaskannya dengan begitu lama dan panjang, hingga kita menyangka bahawa penjelasan mereka tidak ada hujungnya.

Kemudian, setelah musibah (golongan radikal) ini datang, kita baru memahami bahawa kaedah mengajar ulama al-Azhar itu merupakan kebenaran. Mereka membangun piramid (ilmu kita) sesuai cara yang benar: membangun asas piramid dari bawah, hingga sampai pada hujung puncaknya yang berada di atas. Sementara kelompok radikal membalik cara membangun piramid (ilmu mereka, hujungnya di bawah, dan asasnya di atas) hingga piramid itu runtuh mengenai kepala mereka sendiri.

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah tidak memungkiri fungsi akal, bahkan mereka mampu mensinergikan akal dan teks wahyu, serta mampu hidup damai bersama golongan lain. Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah tidak pernah membuat pandangan umum palsu (memprovokasi). Mereka tidak pernah huru-hara (melakukan kekerasan) dengan siapapun di dalam masyarakat. Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah oleh itu membuka hati dan jiwa mereka untuk semua orang, hingga mereka berbondong-bondong masuk Islam.

Para ulama Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah telah melaksanakan apa yang harus mereka lakukan pada zaman mereka. Kerana itu kita juga harus melaksanakan kewajiban kita di zaman ini dengan baik. Kita wajib memahami teks wahyu, memahami realiti dan mempelajari kaedah penerapan teks wahyu yang sebenarnya.

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah memperhatikan dengan cermat 4 faktor perubahan, iaitu: waktu, tempat, individu dan keadaan. Al-Qarāfī menulis kitab luar biasa yang bernama al-Furūq untuk membangun naluri ilmiah (malakah) hingga kita mampu melihat perbezaan detil.

Awal yang benar akan mengantar pada akhir yang benar juga. Kerana itu, barangsiapa yang mempelajari alfabet ilmu (asas awal ilmu) dengan salah, maka ia akan membaca dengan salah juga, lalu memahami dengan salah, kemudian menerapkan dengan salah, hingga ia menghalangi manusia dari jalan Allah tanpa ia sedari. Inilah yang terjadi (dan yang membedakan) antara orang yang belajar ilmu bermanfaat, terutama al-Azhar sebagai pemimpin lembaga-lembaga keilmuan, dan antara orang yang mengikuti hawa nafsunya, merosakkan dunia dan menjelekkan citra Islam serta kaum Muslimin.

Pesan aku kepada umat Islam dan dunia luar: Ketahuilah bahawa al-Azhar adalah pembina Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Sungguh oknum-oknum (yang membencinya) telah menyebar berita fitnah, dusta dan palsu bahawa al-Azhar telah mengalami penetrasi (dan lumpuh). Mereka ingin membuat umat manusia meragukan al-Azhar sebagai otoritas yang terpercaya, hingga mereka tidak mau kembali lagi kepada al-Azhar sebagai tempat rujukan dan perlindungan.

Al-Azhar tetap berdiri dengan pertolongan Allah , di bawah pimpinan syaykh besarnya. Setiap hari al-Azhar berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan mulianya, juga membuka mata seluruh dunia, menyelamatkan mereka dari musibah (radikalisme) yang menimpa.

Al-Azhar tidak disusupi dan tak akan lumpuh selamanya hingga hari akhir, kerana Allah yang membangunnya dan melindunginya. Allah juga yang mentakdirkan orang-orang pilihan-Nya untuk menjalankan manhaj Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah di al-Azhar, meski orang fasik tidak menyukainya.

Doakanlah untuk kami, semoga Allah memberi kami tuntunan Tawfīq agar kami mampu melakukan hal yang dicintai dan diredhai-Nya.
 
Doakan agar kami mampu menyebarluaskan Agama yang benar ini, dengan pemahaman dan perlaksanaan yang benar juga, dan semoga kami mampu menjelaskan jalan yang penuh cahaya ini kepada umat manusia, sesuai ajaran Rasulullah .

Doakan kami semoga Allah membimbing kita semua - di muktamar ini, dan pasca muktamar - semoga muktamar ini mampu menjadi awal perbaikan citra Islam di kalangan korban Islamophobia, baik Muslim maupun non-Muslim.


* Tulisan ini disampaikan pada sambutan pembukaan Muktamar Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah di Chechnya, 25 Ogos 2016 dalam Bahasa Arab. Dan telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia oleh NU dan melalui proses terjemahan semula ke dalam bahasa Malaysia oleh Abu Akif MUAFAKAT.

 

Top