Sikap Kiasu Yang Melampau, Rasis Chauvanis Lagi Kurang Ajar

KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2019 - Dua orang jutawan dari kaum Cina, pertamanya yang bernama; Koon Yew Yin menunjukkan sikap biadab apabila menghina Angkatan Tentera Malaysia, dan seorang lagi; Lee Kim Yew, yang terang-terangan dan dengan sengaja menghina bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Kedua-duanya ahli perniagaan ini jadi kaya-raya hasil dari projek-projek kerajaan yang diperolehi oleh mereka.

2. Perbuatan kurang ajar lagi biadab oleh Koon Yew Yin, seorang pendokong DAP apabila membuat catatan dalam kertas cadangannya untuk ATM, bagaimana mengurangkan bajet ketenteraan, dalam kertas cadangannya itu dia menyebut bahawa anggota tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia hanya tahu makan dan tidur sahaja.

Keanggotaan yang ramai adalah suatu pembaziran dan bagi meringankan bebanan kerajaan yang terpaksa menanggung kos ribuan penjawat awam yang tidak produktif dan malas, lalu ia mencadangkan pemansuhan jawatan dan hentikan pengambilan rekrut yang berlebihan yang menurut perkiraannya suatu pembaziran.

3. Manakala seorang Cina lagi yang sangat melampau kebiadabannya; Lee Kim Yew, menjadi jutawan dan mendapat gelaran Tan Sri, hanya kerana tidak puas hati dengan isu tulisan Jawi telah meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan menghina negara menukar jalur warna putih pada bendera Jalur Gemilang kepada warna HITAM. Ini sangat keterlaluan dan melampau.

4. Tanpa rasa bersalah, pelaku biadab ini berasa bangga dengan apa yang mereka lakukan, seolah-olah pada pemahaman mereka yang penuh kebencian ini, bahawa inilah bahasa selayaknya pada ATM dan seorang lagi beranggapan inilah sepatutnya cara menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap polisi negara yang tidak disukainya.

5. Sebenarnya sedalam inilah kebencian mereka terhadap negara yang telah banyak berjasa memberi mereka tempat tinggal, dan kekayaan yang mereka kecapi sekarang ini. Mereka menjadi kaya-raya hasil dari projek-projek kerajaan yang diberikan kepada mereka oleh kroni-kroni yang tamakkan kekayaan dengan mengaut sebanyak mungkin perbendaharaan negara yang boleh dikaut oleh mereka.

6. Menteri-menteri terdahulu yang tidak berguna itu tanpa mempedulikan siapa yang menerima projek, akan memberi sahaja projek-projek kerajaan kepada taikun-taikun kurang ajar ini, asalkan perut-perut mereka dipenuhkan oleh manusia biadab lagi kurang ajar ini.

7. Amatlah menyedihkan apabila setelah kaya-raya terserlah hati kotor mereka yang tidak melambangkan semangat patriotik langsung kepada negara mereka sendiri, atau dalam hati mereka terpendam kesumat kebencian kepada orang Melayu yang tamak haloba yang dahulu telah memberi kekayaan kepada mereka, dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan melampau melebihi daripada apa yang mereka perolehi.

8. Dalam ertikata lain taikun-taikun ini berdendam kerana merekalah yang bersusah- payah berkerja, manakala menteri-menteri Melayu yang tamak haloba itu dahulu bersenang-lenang mengaut keuntungan lebih daripada mereka, hanya dengan memberi konsensi projek kepada taikun-taikun ini. Adakah kerana itu maka kesannya kini mereka jadi pendendam dan bersikap kurang ajar?

9. MUAFAKAT melihat perkara ini dari sudut punca dan kesannya, hari ini kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, dendam kesumat yang sekian lama, terhasil peribadi jahat dan jelek dan berakhir dengan sifat kurang ajar yang melampau-lampau sehingga dengan kerajaan baru ini mereka berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan.

10. Dari itu, bagi mengatasi dan membendung perkara seumpama ini daripada menjadi semakin parah dan berlarutan. MUAFAKAT menyarankan supaya kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mereka yang telah melanggar batasan KESOPANAN DAN KESUSILAAN dalam Rukun Negara dengan melucutkan kewarganegaraan mereka dan menghalau keluar mereka berdua ini sebagai pengajaran kepada yang lain agar lebih berhati-hati dan tidak melampau-lampau dalam tindakan dan perkataan menghina negara.

Haji Rashidi Bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Top