Kitab-Kitab Ulama Manhaj Ahlu Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah

Oleh: Ustaz Abu Akif

KITAB-KITAB ULAMA AHLU AL-SUNNAH WA AL-JAMĀ‘AH

Kitab Ulama Salaf al-Soleh seperti kitab al-Umm Imam Syāfi‘ī atau Imam Asy‘arī teruji oleh puluhan juta ulama selama lebih 1200 tahun lamanya. Jika dicongak secara kasar umat Islam hari ini yang menganut mazhab Syāfi‘ī sahaja pun sudah melebihi sejumlah 300 juta umat telah dan masih mendapat manfaat jasa dari ilmu-ilmu yang ditinggalkan para ulama terdahulu dan ianya adalah melalui disiplin ilmu dengan cara bertalaqi. Maka sebaiknya untuk mengenali Aqidah umat yang berjaya ini adalah disarankan agar dapat kita ikut tradisi bertalaqqi daripada ahlinya.

PENYELEWENGAN ILMU

Ulama-ulama terkemuka di Timur Tengah, seperti Syaykh ‘Ālī Jum‘ah, al-Syahīd Syaykh al-Būṭī, Sayyid Aḥmad al-Ghumārī, dan ulama-ulama lainnya membenarkan wujud penyelewengan ilmu yang dilakukan oleh pengikut selain Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Salah satu contoh pemalsuan yang dilakukan terdapat dalam Kitab Dīwān Imam al-Syāfi‘ī. Mereka dengan sengaja menghilangkan nasihat Imam Syāfi‘ī kerana tidak suka kepada kenyataan dari Imam al-Syāfi‘ī berkenaan kesufian yang berbunyi:

“Jadilah ahli Fiqh dan Sufi sekaligus, jangan hanya salah satunya. Sungguh demi Allah, saya benar-benar ingin memberi nasihat kepadamu…

Orang ini (hanya mempelajari ilmu Fiqh tetapi tidak mahu menjalani Tasawuf), maka hatinya keras dan tidak dapat merasakan lazatnya taqwa. Sebaliknya orang itu (hanya menjalani Tasawuf tetapi tidak mahu mempelajari ilmu Fiqh, maka ia akan menjadi bodoh, sehingga tidak mungkin ia akan menemui kebenaran?”

Senarai kitab-kitab di bawah adalah contoh dari jutaan karya para ulama' Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah terdahulu yang telah menerangi alam keilmuan dan dunia Islam sehingga ke hari ini.


Al-Farqu Bayn al-Firaq

Karangan: Syaykh ‘Abd al-Qāhir bin Ṭāhir bin Muḥammad al-Baghdādī
Asal: Iraq
Genre: Akidah

‘Aqīdah Ṭāḥāwiyyah
Karangan: Imam Ṭāḥāwī
Asal: Mesir
Genre: Akidah

Maṭla‘ ul-Badrayn
Karangan: Syaykh Muḥammad b. Ismā‘īl Dāwūd al-Faṭānī (m.1333H)
Asal: Patani
Genre: Fekah

‘Aqīdah Nasafiyah
Karangan: Imam Nasafī/Abū Ḥafṣ Najmuddīn ‘Umar bin Aḥmad bin Luqmān al-Nasafī (461AH-537AH)
Asal: Nakhshab, Iran
Genre: Akidah

Ummu al-Barāhīn
Karangan: Imam Sanūsī/Imam Abū ‘Abdillāh Muḥammad bin Yūsuf bin ‘Umar bin Su’aib al-Sanūsī
Asal: Moroko
Genre: Akidah

Farīdat al-Farā'id
Karangan: Syaykh Daud Fatoni
Asal: Patani
Genre: Akidah

Fiqh Akhbar
Karangan: Imam Abū Ḥanīfah
Asal: Kufah
Genre: Akidah

‘Aqīdah Mursyidah
Karangan: Imam Ibnu Tūmart (1080–1130)
Asal: Moroko
Genre: Akidah

‘Aqīdat al-Nājīn
Karangan: Syaykh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani (Kurun ke-13H)
Asal: Patani
Genre: Akidah

Munyat al-Muṣallī
Karangan: Syaykh Daud Al-Fathani
Asal: Patani
Genre: Fekah

Idaman Penuntut
Karangan: Ustaz Haji Abdul Ghani
Asal: Johor
Genre: Fekah

Hidāyat al-Ṣibyān
Karangan: Abu ‘Abdullah Husain Nashir Bin Muhammad Toyyib Al-Mau’udi Al-Banjari
Asal: Indonesia
Genre: Fekah

Sullam al-Mudtadī
Karangan: Syaykh Daud b. Abdullah al-Fatani (1187H)
Asal: Patani
Genre: Fekah

Siyar al-Sālikīn
Karangan: Syaykh Abdul Samad al-Falimbani (m. 1206H)
Asal: Indonesia
Genre: Tasawwuf

Sullam al-Tawfīq
Karangan: Syaykh Muhammad Umar b. Nawawi al-Bantani (m. 1314H)
Asal: Indonesia
Genre: Akidah

Hidāyah al-Mutafakkirīn
Karangan: Syaykh Husain b. Muhammad Nasir b. Muhammad Tayyib al-Mas’udi al-Banjari (m.1354H)
Asal: Indonesia
Genre: Fekah

Usuluddin I’tiqad Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah
Karangan: Syaykh Mukhtar b. ‘Atarid al-Bantawi al-Bogori
Asal: Indonesia
Genre: Akidah

Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah
Karangan: Syaykh Sirajuddin ‘Abbas
Asal: Indonesia
Genre: Akidah

Bākūrah al-Amānī
Karangan: Syaykh Wan Ismail b. Abdul Qadir b. Mustafa al-Fatani
Asal: Kedah
Genre: Akidah

Dan Banyak Lagi...

‘Aqīdah Mursyidah
Top