Jenazah Aktivis Muafakat Selamat Dikebumikan - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Bekas Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar, 60 yang meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU4 di sini selepas solat Zuhur.

Abangnya, Mohd. Kamal Omar berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi tadi di Hospital Ampang akibat serangan jantung.

“Dia dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu selepas mengadu tidak sihat dan dibawa ke Hospital Ampang. Namun keadaan ke­sihatan semakin merosot sebelum meninggal dunia.

“Kami sempat berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Allahyarham A. Karim meninggalkan lapan orang anak dan seorang balu juga merupakan Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan pernah terlibat dalam bidang penulisan menerusi artikel berkaitan Islam.

Selain itu, Allahyarham turut terlibat aktif dalam aktiviti gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memartabatkan perjuangan agama Islam di negara ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jenazah-aktivis-muafakat-selamat-dikebumikan-1.698673

Top