Haji Abdul Karim Omar Kembali Menemui Allah Rabbul Jalil

AMPANG, 27 Jun - Hari ini umat Islam Malaysia kehilangan seorang pejuang Islam yang gigih dalam menyedarkan umat Islam tentang gerakan Evangelis Kristian. Ketika ramai dalam kalangan umat Islam lalai dengan peringatan Allah swt supaya berwaspada dengan tipudaya "al-yahudu wa al-nasara", Haji Abdul Karim adalah seorang pendakwah yang terus memperingatkan kita dengan perkara itu. Beliau adalah pakar dalam kajian Evangelis Kristian yang tidak pernah kenal letih untuk menyebarkan peringatan itu kepada kita.

Saya mengenali beliau dan pernah terlibat dalam beberapa wacana tentang bidang kepakarannya. Melalui dapatan-dapatan kajian beliaulah saya diyakinkan, DAP bukanlah sebuah parti politik biasa yang didominasikan oleh pimpinan-pimpinan bukan Islam, tetapi lebih daripada itu ia adalah sebuah parti yang berusaha mencapai matlamat Evangelis Kristian. Beliau juga telah mengusahakan penerbitan dua buku tulisan Iain Buchanan tentang ancaman Evangelis Kristian, dan menyebarkannya ke seluruh negara.

Semoga beliau mendapat pahala syahid atas segala pengorbanan dan kegigihan yang dicurahkan. Manakala kita yang tinggal ini tetap istiqamah meneruskan perjuangan yang telahpun beliau terokai dalam konteks bumi Malaysia.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Top