Kenyataan MUAFAKAT Terhadap Kedudukan JAKIM

KUALA LUMPUR, 1 Jun - MUAFAKAT memandang serius terhadap perkembangan mutakhir ini tentang kenyataan pelbagai pihak mengenai kedudukan JAKIM yang selama ini banyak berperanan menjaga hal ehwal Islam dinegara ini selaras dengan peruntukan2 di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika terdapat kelemahan dibeberapa sudut pun tidak seharus dijadikan sebab untuk ditutup sebagaimana desakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Peranan JAKIM sangat relevan dan diperlukan dalam kecelaruan pemikiran umat Islam sekarang ini. MUAFAKAT akan terus menyokong dan membantu JAKIM dalam usaha-usaha murni mereka.

3. Walaupun begitu, MUAFAKAT mengalu-alukan sebarang usaha untuk menambahbaik peranan JAKIM lebih-lebih lagi bagi tujuan mengukuhkan bukan mengecilkan atau melemahkan peranan JAKIM.

4. MUAFAKAT menyokong keputusan kerajaan untuk mengambil pandangan pakar2 dalam kalangan penganut Islam berkaitan urusan  umat dan hal ehwal agama Islam. Selaras dengan itu, MUAFAKAT ingin menyarankan agar kumpulan pakar2 itu terdiri dari ulamak dan pakar ilmuan yang berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta mempunyai 'proven track record' dan bukan sebaliknya. MUAFAKAT bersedia untuk mencadangkan senarai tersebut.

5. MUAFAKAT juga ingin menyarankan agar JAKIM memanggil pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab agar diadakan sesi dialog yang akan menjadi pencerahan kefahaman serta mengeratkan perhubungan dengan pihak JAKIM.

6. MUAFAKAT juga bersetuju dengan pandangan agar langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk memastikan JAKIM bebas dari campurtangan politik agar ia terus berfungsi sebagaimana yang telah diamanahkan oleh pihak Majlis Raja-Raja dan diurus selia oleh pihak Eksekutif Kerajaan.

Dr Wan Adli Wan Ramli
Presiden MUAFAKAT
1 Jun 2018

Top