Program Tabayyun Peringkat Ahli MUAFAKAT Dilancar

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Seiring dengan perkembangan teknologi, informasi semakin mudah untuk dilayari, dunia kini terdedah dengan pelbagai informasi yang liar dan tidak berasas. Dengan pelancaran program tabayun 2018 ini Pertubuhan Muafakat Sejahtera telah menggerakkan ahli di peringkat dalaman untuk turut serta menjadi ejen perubahan di luar sana. Program tabayun ini akan berlangsung sehingga Jun 2018 dengan pelbagai pengisian seperti pengajian kitab dari penceramah dalaman dan jemputan, outreach di masjid-masjid dan surau bermula di negeri Selangor.

عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[al-Hujurât/49:6].

At-tabayyun secara bahasa adalah mencari kejelasan hakikat suatu atau kebenaran suatu fakta dengan teliti, dan hati-hati. Allah memerintahkan kita untuk bersikap hati-hati dan mengharuskan untuk mencari bukti yang terkait dengan isu mengenai suatu tuduhan atau yang bersangkutan dengan identiti seseorang. Perintah ini merupakan peringatan, agar umat Islam tidak terperangkap dalam tindakan yang menimbulkan dosa dan penyesalan akibat dari perbuatannya atau merugikan pihak lain. Maka sebagai seorang muslim hendaklah kita melakukan tabayyun terlebih dulu sebelum menyebarluaskan dalam media sosial. Hal ini dapat dimulakan dengan langkah kecil seperti tidak mudah percaya dan menyebarkan berita-berita yang belum jelas kebenarannya, baik di media sosial mahupun di dunia nyata serta membiasakan untuk menyemak status berita pada sumber utama, atau bertanya teus kepada pihak yang disebutkan.

Top