Godfather Saya Ialah ‘Father’ Seluruh Alam... 'Stupid' – Siti Kasim

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan tentang komen bahawa beliau ‘mengenali seseorang’ sehingga menimbulkan spekulasi beliau kebal daripada tindakan undang-undang, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, menjawab dengan jawapan berikut.

“Mereka mahu tahu siapa GODFATHER saya??? GODFATHER SAYA IALAH ‘FATHER’, MASTER DAN BOSS SEMUA YANG ADA DI SELURUH ALAM LA BODOH…. DIA MELINDUNGI SAYA KERANA SAYA MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN-NYA BODOH….”

Isu ini ditimbulkan setelah ramai pihak mengajukan pelbagai bentuk pertanyaan kenapa sehingga hari ini Siti Kasim masih belum dikenakan sebarang tindakan setelah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang kontroversi.

Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan isi perbualan beliau dengan Siti Kasim yang mendakwa Siti Kasim mengugut beliau dengan kenyataan “You have no idea who I know mate”. Komen tersebut dilontarkan Siti Kasim dalam sebuah posting bertarikh 14 Februari 2017 di laman sosial facebook Dr Kamarul.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada siapa pun rakyat Malaysia yang kebal dari tindakan undang-undang. Beliau menyatakan bahawa walau siapa pun di belakang Siti Kasim, tidak ada sesiapa yang kebal daripada undang-undang.

Pihak Menara.my akan cuba mendapatkan penjelasan pihak PDRM mengenai dakwaan orang ramai dan juga pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang meluahkan rasa tidak berpuas hati atas kegagalan isu ini ditangani dengan baik.

Sumber: www.menara.my/godfather-saya-ialah-father-seluruh-alam-siti-kasim/

Top