Apa Peduli Trump Iktiraf Jerusalem? Evangelis Malaysia Sokong Kemenangan Israel - A. Karim Omar

AMPANG JAYA, 15 Disember - Alhamdulillah hampir seluruh umat Islam bangkit untuk bantah keputusan Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem.

Tetapi ramai tidak tahu bahawa ianya bukan perkara baru. Keputusan mengiktiraf kota Jerusalem ini sudah lama diluluskan oleh Amerika Syarikat.

Jerusalem Embassy Act (An act to provide for the relocation of the United States Embassy in Israel to Jerusalem, and for other purposes) telah diluluskan sejak tahun 1995 dengan majoriti undian yang sangat besar di Senat dan Kongres.

Cuma bezanya ialah, setiap Presiden Amerika Syarikat sebelum ini memutuskan untuk tangguh perlaksanaan Akta tersebut sehingga suatu persetujuan dicapai berhubung konflik Palestin-Israel.

Maka yang kita nampaklah – berani, jahat dan ganasnya Trump.

Tetapi kita lupa. Atau kita tidak sedar.

Bahawa pelampau Kristian Evangelis di Malaysia sudah lama mengiktiraf Jerusalem dan menyokong Israel merampas kota Baitul Maqdis. Jatuhnya kota suci Baitul Maqdis ke tangan rejim Zionis Israel itu disambut oleh Evangelis di Malaysia.

Malah mereka telah mengaturkan sambutan besar-besaran sempena ulang tahun ke 50 kemenangan Israel dalam Perang 6-Hari pada tahun 1967.

Sambutan Jerusalem Jubilee telah dirancang oleh golongan pelampau Evangelis yang berfahaman Kristian Dominionisme dan juga Kristian Zionis.

Mereka mengadakan sambutan besar-besaran 4 hari (15-18 Jun 2017) di gereja Calvary Life Assembly Chinese Melaka. [Namun selepas menerima pelbagai laporan Polis, mereka tukar dan pindahkan program tersebut ke tempat lain – BACA artikel saya dahulu yang bertajuk: Jerusalem Jubilee – Betulkah Mereka Batal? Atau Mereka TUKAR STRATEGI?]

Itulah sikap duri dalam daging yang ada di Tanah Air kita. Dalam pada negara kita bersama dengan Kesatuan Negara-negara Islam (OIC) membantah tindakan Trump, ada golongan pelampau Evangelis Kristian di Malaysia yang melanggar ketetapan negara dengan mereka pula menyokong penuh rejim ganas Zionis Israel.

Itulah sikap sebenar pelampau Evangelis Kristian di Tanah Air kita. Kesetiaan mereka boleh dipersoalkan. Malaysia, negara yang mereka tinggal atau musuh negara, Israel, yang mereka sokong.

Malah, ramai dari pelampau Evangelis Kristian ini sentiasa berulang alik memasuki Israel – sedangkan passport negara kita jelas tertera larangan masuk Israel.

… semenjak isu ini panas kebelakangan ini … ada kita dengar puak Kristian mana yang hentam dan kutuk Presiden Trump? Tahulah kita apakah ada musuh dalam selimut.

- A. Karim Omar Blog,
Naib Presiden MUAFAKAT

Sumber: https://akarimomar.wordpress.com/2017/12/15/apa-peduli-bush-iktiraf-jerusalem-evangelis-malaysia-sokong-kemenangan-israel/

Top