Pakar antikeganasan: Saya pun 'junior' Zamihan - Ahmad El-Muhammady

KUALA LUMPUR, 14 November - Pendakwah Zamihan Mat Zin telah berjaya memulihkan akidah militan di negara ini dalam tempoh 12 tahun dan tidak adil menjatuhkannya susulan kenyataan kontroversinya baru-baru ini, kata pakar antipengganas Ahmad El-Muhammady.

Ahmad, yang bekerja dengan polis dalam memulihkan tahanan pengganas, menolak langkah menyifatkan Zamihan sebagai 'pelampau' susulan kenyataannya bahawa masyarakat bukan Islam yang berteduh di surau ketika banjir besar tidak sepatutnya berlaku.

"Ustaz Zamihan telah berada dalam bidang ini dah lama, jika tidak salah pada tahun 2005 bersama dengan arwah ayah saya. Saya boleh dianggap sebagai juniornya (dalam bidang pemulihan).

“Persoalannya adakah proses pemulihan berjaya? (Ya), ia berjaya kerana ada bukti bahawa banyak anggota militan kini telah dipulihkan,” katanya seperti dilaporkan Beritadaily.

Menyentuh pendirian Zamihan terhadap tindakan sebuah surau membuka pintu untuk mangsa banjir bukan Islam yang tidak menutup aurat, Asri berkata terdapat “pihak yang memakai gelaran agama” mempertikaikan bantuan itu beralaskan “fikah sempit”.

“Persoalan kita , bolehkah 'pelampau' memulihkan pemikiran pelampau? Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya,” soal Asri.

Tanpa menyebut nama, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin kelmarin mempertikaikan pemilihan Zamihan sebagai jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas di penjara.

Asri mendakwa pendirian Zamihan dalam isu penggunaan surau oleh mangsa banjir bukan Islam berdasarkan “fikah sempit”dan menunjukkan “pemikiran pelampau”.

Zamihan semalam hanya memberikan reaksi ringkas sama ada Asri mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu mengekalkan Zamihan sebagao pengendali program pemulihan tahanan militan IS di Penjara Tapah, Perak

Sementara itu, Ahmad juga berkata sebagai ulama Asri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan begitu.

'Bunuh kerjaya?'

“Ia akan beri kesan negatif kepada Zamihan yang kini sudah dilihat dari pandangan negatif.

"Asri sepatutnya menjadi pengantara dalam masalah ini. Kenyataan (Asri itu) cuba membunuh kerjaya Zamihan? Adakah dia mempunyai agenda tersembunyi?

"Jadi ini tidak adil untuk Zamihan. Saya tidak menafikan kenyataan kontroversi tetapi dalam kes ini, ia tidak adil kepadanya, " Ahmad dilaporkan sebagai berkata.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/401482

Top