Bahan Degradasi Agen VX Ada Pada Pakaian Siti Aisyah - Jabatan Kimia

SHAH ALAM, 5 Oktober - Bahan degradasi dari agen saraf VX pada pakaian yang dipakai oleh tertuduh pertama, Siti Aisyah ditemukan ketika kejadian pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu.

Ketua Makmal, Pusat Analisis Agen Senjata Kimia, Jabatan Kimia, Dr Raja Subramaniam berkata bahan degradasi dari agen saraf VX itu ditemukan ketika uji kaji dijalankan pihaknya.

"Ketika uji kaji dijalankan kita menemukan bahan degradasi dari agen saraf VX pada pakaian yang dipakai tertuduh pertama, Siti Aisyah," katanya pada prosiding Mahkamah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Jong Nam yang merupakan abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan berada di klia2 pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, 13 Februari 2017 sebelum dilaporkan dibunuh.

Pada 16 Februari lalu, Siti Aisyah bersama seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huang, 29, ditahan reman bagi membantu siasatan kematian Jong nam. - Agensi

Top