Buku Oxford Fajar Sekularkan Negara Dan Rendahkan Islam Agama Persekutuan?

KUALA LUMPUR - 15 Ogos, Blogger remaja, Ahmad Ali Karim mendedahkan menerusi blog tulisannya mengenai pengisian buku terbitan Oxford Fajar (2009) bertajuk ‘A First Look At The Malaysian Legal System’ tulisan Wan Arfah Hamzah yang dikatakan mengelirukan pembaca dengan menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Tidak cukup dengan itu, kedudukan Islam di dalam negara turut direndah-rendahkan melalui petikan berikut :

“The Federation is a secular state (see below, pg 162-3). It is not an Islamic State (an indispensable feature of which is the supremacy of the Syariah or the Islamic law).

In Malaysia the supreme law is the Federal Constitution (Article 4), not the Syariah or the Islamic law. Far from being the supreme law, Islamic law is not even the basic of the law of the land, ie the law of the general application. The basic law of Malaysia is the common law – the principles of which have their origins in England.”

Perkara ini didedahkan oleh blogger remaja prolifik, Ahmad Ali Karim yang menulis “It is very alarming that a law textbook can make such a dreadful mistake in defining the core principal of our country.”

Tanya blogger ini lagi, adakah Perlembagaan Persekutuan sendiri pernah mendefinisikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular?

Ali kemudian menjelaskan bahawa Perkara 3(1) secara automatik menafikan dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Masakan sebuah negara yang mempunyai agama negara, dalam kes ini, Islam sebagai agama negara boleh dikatakan negara sekular. Walhal, perkataan sekular juga tidak pernah disebut walau sekalipun dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri. Tetapi Islam disebut berkali-kali, membuktikan kepentingan Islam sebagai asas kepada perlembagaan itu sendiri.

Disamping memberikan pelbagai contoh lain untuk menyokong hujahnya, Ali berkomentar bahawa kesilapan besar seperti yang dibuat buku tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana sebagai warganegara, kita seharusnya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kesilapan berkenaan prinsip teras negara kita adalah amat malang.

“We surely do not need constitutionally illiterate lawyers”, bidas Ali lagi.

Sumber: https://www.menara.my/buku-oxford-fajar-sekularkan-negara-dan-rendahkan-islam-agama-persekutuan/

Top