Beberapa Catatan Mengenai Jerusalem’s Jubliee Di Malaysia

PUTRAJAYA - 8 Jun, Jerusalem’s Jubilee merupakan sebuah sambutan yang diadakah oleh Yahudi, khususnya rejim Israel/Zionis, bagi meraikan kejayaan mereka merampas kota Jerusalem (Palestin) dalam Perang Enam Hari (5-10 Jun 1967) melawan pakatan Arab (Mesir, Jordan dan Syria). Tahun 2017 ini adalah ulangtahun Jerusalem’s Jubilee ke-50, dan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah sambutan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 15-18 Jun di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese), Melaka.

2. Jika diperhatikan, poster yang digunakan oleh Jerusalem’s Jubilee tersebut adalah logo/lambang menorah (kaki pelita yang mempunyai tiang lampu/lilin). Lambang ini merupakan jata bagi negara haram Israel yang dikenali sebagai Hanukkah. Malah terdapat perayaan Hanukkah yang disambut oleh Yahudi pada setiap bulan Disember selama lapan hari. Perayaan ini dirayakan hampir sama waktunya dengan perayaan Natal (Krismas) yang disambut oleh Kristian, walaupun wujud perbezaan antara agama Yahudi dan Kristian.

3. Namun apa yang berlaku di Malaysia kini, Jerusalem’s Jubilee yang merupakan perayaan Israel/Zionis, disambut secara besar-besaran oleh golongan Kristian (lebih tepat Evangelis Kristian). Sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel/Zionis. Perkara ini, sebagaimana yang pernah didedahkan oleh pelbagai pihak sebelum ini, memperkukuhkan lagi bukti sedia ada bahawa wujudnya agenda tertentu antara pihak Evangelis Kristian bersama dengan Israel/Zionis.

4. Mohamad Razali Abdul Rahman pernah mendedahkan bahawa, Israel/Zionis bersetuju memberikan sebanyak 300 juta USD kepada DAP supaya mereka memenangi PRU ke-13. Manakala A Karim Omar pula mendedahkan bahawa, dalam Persidangan Paderi Malaysia pada tahun 2011, beberapa paderi besar telah bersumpah untuk menjadikan Malaysia negara Kristian. Hal ini selari dengan sebuah video acara doa di Living Bread Church International, Jerusalem, agar PRU ke-13 dimenangi oleh golongan Evangelis Kristian yang akan mengadakan hubungan dengan Israel/Zionis.

5. Begitu juga surat yang pernah dijumpai oleh Muhamad Abdullah Amin di Palestin pada tahun 2012 yang mendedahkan perancangan jahat Evangelis Kristian di Malaysia. Malah kerajaan Pulau Pinang, sebagaimana surat yang tersebar di media online, telah meluluskan peruntukan RM40 ribu untuk persidangan freemason pada tahun 2016. Begitu juga pendedahan yang paling terkini oleh Kamarul Zaman Yusoff tentang agenda Kristianisasi oleh DAP dan juga kenyataan Pastor Afeef Halasah.

6. Sambutan Jerusalem’s Jubilee ini bertentangan dengan aspirasi umat Islam di Malaysia yang berdiri teguh di belakang Palestin. Peristiwa Hari Nakbah yang disambut pada 15 Mei setiap tahun merupakan detik sejarah hitam bagi rakyat Palestin apabila mereka telah dibunuh dan dihalau keluar dari bumi Palestin pada tahun 1948. Walaupun peristiwa ini telah berlalu 69 tahun, namun agenda Israel/Zionis untuk menguasai dunia melalui Israel Raya, terus berjalan sehingga kini dalam pelbagai cara dan keadaan.

7. Sebagai sebuah Negara Islam, sambutan Jerusalem’s Jubilee di Malaysia dilihat sebagai suatu perbuatan mencabar kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Oleh itu, kerajaan mesti bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat, selain umat Islam perlu bangkit membuat bantahan. Dalam masa yang sama, pendedahan tentang bahaya agenda Israel/Zionis dan Evangelis Kristian perlu diperluaskan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Oleh:

Muhammad Rashidi Wahab
Felo Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

Top