Wajib Ikut Ajaran Ahl Sunnah Waljamaah (Sunni) - Datuk Mufti

KOTA BHARU – Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata adalah wajib untuk rakyat di negara ini mengikut ajaran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama'ah (Sunni). Bukan ajaran radikal (seperti Wahabi atau Syiah).

"Di rantau Nusantara ini, Umat Islam berpegang kepada aliran dan amalan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama'ah dengan pola pemegangan:

1. Pengamalan dan penghayatan adalah tertumpu kepada aliran al-Asya'irah dan aliran Maturidiyah dan; 

2. Syafi'iyyah (mazhab Syafi'i) dari segi Fiqh.

3. Manakala dalam aspek akhlak dan tasawwuf berpandukan dengan apa yang dihayati oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam Ghazali.

Pengukuhan pengamalan dan pegangan yang utuh ini telah menjamin keharmonian kehidupan beragama di rantau ini. Oleh itu, pegangan ini perlulah dipelihara dan diikuti dengan sepenuhnya agar anasir lain tidak menyelinap masuk secara disedari mahupun tanpa disedari.

Lantaran itu, saya menyeru kepada semua agar fahaman asal ini dijaga, dikawal dan dipertahankan agar tidak dicemari oleh unsur-unsur yang menyeleweng (seperti ajaran radikal Wahabi dan Syiah). Kita dapati banyak contoh yang membuktikan bahawa dengan lahirnya fahaman dan amalan berbeza dalam sesebuah masyarakat atau sesebuah institusi kemasyarakatan ini akan menjadi punca perselisihan dan perpercahan sesama umat Islam."  

- Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Jajahan Negeri Kelantan Darul Naim.

Sumber: Diekstrak dari kertas kerja Hakikat Ahlu al-Sunnah wa al-Jama'ah anjuran Jabatan Mufti Kelantan, Majlis Agama Islam kelantan (MAIK) DAN JAKIM

Top