Kenyataan Media Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Berhubung Keputusan Penghakiman Dalam Kes Kalimah Allah

Kenyataan Media Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Berhubung Keputusan Penghakiman Dalam Kes Kalimah Allah

 

Tarikh: 7hb Januari 2010

Tempat: Sekretariat ACCIN, Taman Melawati, Kuala Lumpur

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

  1. Kami, gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, mengambil pendirian yang sepadu dan bersama bagi menzahirkan rasa kegelisahan yang amat mendalam terhadap perkembangan yang berlaku susulan terhadap keputusan isu kes kalimah Allah.
  2. Isu ini jika tidak ditangani dengan hikmah dan bijaksana, bersandarkan perlembagaan, sejarah dan budaya negara, akan terus menambah suasana sedia tegang dalam hubungan antara agama di negara ini.
  3. Keputusan dan tuntutan oleh pihak Kristian adalah suatu yang amat ofensif dan secara langsung mengguris perasaan kami serta mencabar kesucian agama Islam dan sebagai agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
  4. Kami menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak Kristian yang menimbulkan isu ini sehingga mengakibatkan keresahan dan ketegangan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
  5. Kami menyeru kerajaan untuk menyegerakan inisiatif bagi mengadakan pertemuan pemimpin-pemimpin utama agama Islam dan Kristian bagi berdialog dan mencari formula penyelesaian kemelut ini. Kami berpandangan bahawa masih tidak terlewat untuk isu ini diselesaikan di luar mahkamah.
  6. Kami menyatakan sokongan terhadap perhimpunan kesatuan ummah di masjid-masjid seluruh negara pada hari Jumaat ini 8hb Januari 2010 dalam menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan kes kalimah Allah ini.
Top