Adakah Putra, Ikatan Dan Berjasa Masih Belum Cukup Sempurna Melayu-Islam?

KUALA LUMPUR, 14 FEBUARI 2021 - Tahukah tuan-puan parti Melayu Islam yang bercakap mengenai perjuangan agama, bangsa dan tanahair atau ringkasnya ABATA, bukan hanya ada dua parti iaitu UMNO dan PAS sahaja. Masih ada tiga lagi yang turut sama memperjuangkan agenda ABATA ini iaitu PUTRA, IKATAN dan BERJASA. Malahan PAN atau AMANAH juga mendakwa mereka memperjuangkan agenda yang sama.

2. Kecuali PKR yang terang-terang keahliannya terdiri dari gabungan semua kaum dengan bilangan yang seimbang, walaupun majoritinya masih didominasi oleh orang Melayu yang kebanyakannya cenderung kepada fahaman liberalisme agama. Walaupun DAP juga parti yang terbuka keahliannya tetapi didominasi pula oleh kaum Cina. Dan di kalangann pemimpinnya terdiri daripada kumpulan kiasu-cauvinis.

3. Bermula dengan poster sindiran dalam Facebook Lebai Kampung, yang mempersoalkan kenapa BERSATU menerima parti GERAKAN masuk ke dalam gabungan Perikatan Nasional, sedangkan parti itu seratus peratus keahliannya terdiri dari kaum Cina? Adakah kerana mahu meniru seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN) sudah ada MCA sejak tahun 50-an lagi.

Rujuk pautan:

https://www.facebook.com/1438625428/posts/10218737482055021/?d=n

4. Jika alasannya dalam Muafakat Nasional (MN) ada BN dan dalam BN ada MCA, maka sebab itu BERSATU merasakan ia ada hak untuk mengundang GERAKAN masuk memantapkan barisan PN, bagaimana pula dengan PUTRA, IKATAN dan BERJASA? Adakah ketiga-tiga parti Melayu Islam ini masih tidak cukup sempurna kemelayuan dan keislamannya?

Rujuk pautan:

https://www.facebook.com/1438625428/posts/10218737081164999/?d=n

5. Sebenarnya cadangan supaya digabungkan semua parti Melayu Islam yang mempunyai agenda perjuangan yang sama dengan disatukan menjadi satu gabungan terbesar sudah lama terlintas di minda sebaik sahaja seorang tokoh BERSATU pernah tersasul mendakwa PN adalah parti gabungan Melayu Islam selepas terbentuknya PN.

6. Cadangan yang baik ini adalah demi kelangsungan survival masa depan orang Melayu-Islam yang dilihat setelah kalah tersungkurnya kerajaan BN yang diterajui UMNO dan diambil alih oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), banyak khazanah orang Melayu ‘difaraid’ sesuka hati oleh kerajaan kerjasama Melayu liberal bersama Cina kiasu cauvinis, hingga aset-aset orang Melayu di dalam Tabung Hajipun habis mahu dijual seluruhnya dengan berbagai alasan.

7. Bimbang dengan keadaan yang huru-hara berebutkan ghanimah orang Melayu Islam oleh kumpulan Cina kiasu cauvinis ini, maka berbagai cadangan timbul semata-mata kerana mahu menyelamatkan harta dan kuasa umat Melayu Islam ini daripada dihapuskan kesemuanya. Dan ini termasuklah menggabungkan semua parti Islam Melayu di bawah satu payung. Tidak lain adalah kerana berpegang kepada Surah Ali Imran ayat 103:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-NYA, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-NYA.”

8. Cadangan dan saranan Pengerusi PEMBELA Tuan Haji Aminuddin bin Yahaya tepat pada masanya. Sekarang ini apabila golongan Melayu barua yang dibantu oleh kumpulan Cina kiasu cauvinis bersungguh-sungguh menyerang setiap kenyataan, perbuatan atau apa sahaja dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua tokoh yang dijadikan sebagai bahan terjahan dan kutukan dalam agenda menjatuhkan kerajaan PN ini.

Rujuk pautan:

https://www.facebook.com/450309788374603/posts/5071259712946231/

9. Menyokong cadangan Pengerusi PEMBELA apabila beliau menyarankan; “…peluang untuk BN atau PN mempertimbangkan parti BERJASA, IKATAN dan PUTRA ini sebagai nilai tambah ke dalam gabungan masing-masing (jika berlaku 3 penjuru). Sesiapa yang dapat mereka ini pasti akan mendapat sedikit kelebihan undi Melayu atas pagar kerana mereka ini ada kekuatan tersendiri. Mereka ini ada bahagian-bahagian di seluruh negara, kepakaran dan jumlah jentera signifikan yang boleh dimanfaatkan.”

10. Justeru, untuk semua pemimpin Melayu Islam yang mencanang sana-sini memperjuangkan ABATA harus juga merenung semula sedalamnya apa yang lebih utama sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran tadi. Mengapa ketika pihak musuh sedang senyap dan diam-diam mengatur strategi memanipulasi minda rakyat dan menghancurkan kerajaan yang didominasi Melayu-Islam, manakala kita masih lagi tidak puas hati dan berebut kerusi?

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Top