Ketua Pembangkang: Anwar Out! Giliran Lim Guan Eng?

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2020

1. Menyentuh soal politik negara, baru-baru ini pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bermula pada 6 November, jika benar – adalah merupakan peluang paling mudah bagi Pakatan Harapan untuk merampas kembali apa yang mereka dakwa sebagai hak milik mereka. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membuktikan apa yang beliau dakwa semasa sidang media 23 September 2020, “Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.”

Rujuk: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623537/saya-dapat-sokongan-hampir-dua-pertiga-ahli-parlimen-anwar

2. Namun, sayang seribu kali sayang, sepanjang perbahasan, PakatanHarapan bukan hanya gagal memanfaatkan peluang mudah yang ada, tetapi juga telah gagal melihat “the bigger picture dan beyond” yang menjadi faktor kepada kegagalan mereka sebagai pihak pembangkang mengalahkan undi belah bahagi di Parlimen. Faktor tiada kesefahaman sesama mereka dan sikap tikam belakang merupakan lumrah mereka dan ini dizahirkan apabila hanya 13 orang bersama Tun Dr. Mahathir, dimalukan sebagai muka-muka pengkhianat apabila bangun untuk menyokong undi belah bahagi.

Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/552699

3. Kegagalan demi kegagalan sejak daripada awal pembentangan hingga berakhir cemerlang belanjawan berjaya diluluskan, sekaligus mengesahkan kerajaan Perikatan Nasional, yang siang malam diratibkan sebagai “kerajaan pintu belakang”, “kerajaan tebuk atap”, “kerajaan kleptokrat”, “kerajaan penyamun” dan bermacam lagi. Seolah-olah kerajaan PN ini jauh lebih teruk daripada kerajaan-kerajaan sebelumnya kerana dianggap sebagai pengkhianat.

4. Hakikatnya ialah Dewan Rakyat sudah mengabsahkan kerajaan pimpinan TS Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya yang dilantik atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, setelah Perdana Menteri ke-7 Tun Mahathir sendiri selaku Presiden Pakatan Harapan pada masa itu meletakkan jawatan pada 24 Februari 2020. Ini fakta bukan auta.

5. Dan bagaimana mungkin untuk dikatakan “kerajaan tebuk atap” jika kesemua Ahli Parlimen dipanggil mengadap YDP Agong seorang demi seorang bagi mendapatkan persetujuan sehingga terlantiknya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8. Kenapa setelah dilantik dengan persetujuan bersama dan perkenan Tuanku YDP Agong masih timbul suara-suara tidak puas hati – tidakkah itu jelas sebagai satu penderhakaan?

Rujuk: https://www.astroakebijaksanaan-yang-di-pertuan-agong-tentukan-wani.com/berita-politik/kedudukan-kerajaan-231555

6. Kini pembangkang PH terdiri daripada Democratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula cerita berkaitan “political reset” dan “grand coalition” di kalangan pembangkang disebabkan kegagalan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang menakhodai Pakatan Harapan. Maknanya, kini sudah ada suara-suara protes yang jelas di kalangan PH terhadap Anwar Ibrahim yang telahpun gagal membuktikan dakwaan majoritinya itu sehingga tiga kali sebelum ini.

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/555572

7. Malah Anwar Ibrahim menafikan tularan sebelum ini yang mengatakan beliau akan letak jawatan sekiranya gagal menjatuhkan PN semasa undi belah bahagi Belanjawan 2021, dengan alasan ‘fake news‘. Tidak mustahil Anwar buat u-turn semula kerana memang sikap beliau begitu.

Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/552897

8. Kredibiliti Tun Mahathir juga terlingkup sama kerana strategi ‘last minute‘ beliau meminta semua AhliParlimen pembangkang supaya membantah Belanjawan 2021 ternyata gagal dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan sedar bahawa Tun Mahathir tidak akan menerima Anwar selaku Ketua Pakatan Harapan malah DAP dan PAN pun sekarang sudah bercakap tentang “grand coalition beyond PH”.

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/555813

9. Terimalah fakta bahawa pada hakikatnya “PH sudah gagal, dan mati masa depan politiknya”, semua disebabkan minda ahlinya telah ‘dicuci otak’ dengan salah asuhan, salah pimpinan, tiada hala tuju dan tiada alternatif kepimpinan yang boleh mereka tawarkan kepada rakyat.

10. Barangkali sudah tiba masanya untuk Uncle Lim Kit Siang selaku Grand Chessmaster yang pernah mencaturkan semua bidak di meja catur bersama anaknya Lim Guang Eng dan sejumlah 42 Ahli Parlimen DAP kembali bergerak bersendirian dalam pentas politik era baru ini bagi mengambil alih kepimpinan pembangkang semula. Kenapa tidak sekarang terutamanya apabila masih ramai pemimpin Melayu-Islam dari PAN yang setia dan bersedia untuk bekerjasama dengan DAP malah sebagai ‘benteng’ sebagaimana lafaz ikrar pada Konvensyen PAN 2016 lagi.

Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/politik/amanah-sedia-jadi-benteng-pertahan-dap-1.597436

11. Dengan kemelut dalaman yang tiada berkesudahan apabila mengikut rentak pencaturan Anwar, situasi Pakatan Harapan bagaikan “kera terkena belacan” sehingga perkara yang lebih penting iaitu mengatur perancangan besar bagi menghadapi PRU-15 terabai. Maka kini sudah tiba masanya DAP stand alone or take the lead for opposition openly with their own strong, convincing and formidable 42 MPs! Tidak lagi mengikut telunjuk ahli politik yang kecewa.

12. DAP selalu bermegah dan menggembar-gemburkan bahawa ia bukan parti rasis dengan konsep “Malaysian Malaysia”, ayuh take the lead and form a new grand coalition against PN and the goverment.

Rujuk: https://www.roketkini.com/2017/03/13/mengapa-malaysian-malaysia/

13. DAP harus gentleman, tidak perlu “baling batu sembunyi tangan” lagi kerana di media sosial sedang hangat memperkatakan, “semua strategi dalaman dan luaran DAP sudah terburai” dan DAP gagal mencaturkan pemimpin Melayu selaku proksinya sama ada dalam DAP sendiri mahupun Melayu dalam parti lain yang tunduk patuh kepada kekuatan 42 Ahli Parlimen DAP.

14. Rakyat mahu lihat dan menanti janji “DAP patuh kepada titah YDP Agong” atau slogan “DAP sokong Raja-Raja”, “DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan” dan ingin melihat DAP membuat gerakan baru menakhodai blok pembangkang di Dewan Rakyat. Tentunya ucapan-ucapan dan pandangan-pandangan dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan lebih bersemangat dibandingkan dengan slogan lapok “I have the numbers” oleh Ketua Pakatan Harapan.

Rujuk: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/12/19/despite-dap-and-amanahs-call-for-reset-pkr-sec-gen-says-still-clinging-to-n/1933345#.X92IZMOkIoU.whatsapp

15. DAP tidak perlu memperalatkan “Abang Mat Sabu” selaku rakan baik Lim Guan Eng, biarkan yang lain membantu strategi kepimpinan Guan Eng sebagai Ketua Pembangkang. Rakyat mahukan pembangkang yang kuat untuk memberi check and balance yang terbaik kepada kerajaan di sidang Parlimen akan datang.

16. Ambil alih sahaja kepimpinan pembangkang sama ada atas jenama Pakatan Harapan atau apa sahaja, asalkan dapat memberi khidmat alternatif kepada rakyat. Jangan buang masa lagi dengan jalan mudah mahu menjatuhkan kerajaan dengan angka majoriti. Buktikan DAP dan rakan seangkatan dalam Pakatan Harapan mampu membahas isu-isu ilmiah dan penting sebagai bukti politikus bermaruah dan bekerja keras untuk membela nasib rakyat sebagaimana yang dihujahkan dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

We, the rakyat, are watching your performance very closely. Walk the talk!

17. Buktikan kesungguhan DAP. Mana tahu rakyat bersedia membuat pertimbangan baru asalkan ia terbaik untuk semua golongan dan lapisan rakyat terutama di norma baru era pandemik Covid-19 ini. Hentikan slogan retorik politik kononnya ada majoriti yang meyakinkan.

Rujuk: https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/17/kronologi-ringkas-pengakuan-nombor-majoriti-anwar/

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Top