Polis Korup Patut Dipecat Bukan Ditukar

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2020

1. Terkejut dengan laporan media bertarikh 16 November 2020 yang melaporkan pembabitan beberapa anggota PDRM berjawatan tinggi dengan kes rasuah dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) termasuk pegawai-pegawai bawahannya yang menerima bayaran-bayaran tertentu dari tauke-tauke Cina judi haram, Macau Scam dan pengedar-pengedar dadah sehingga mencecah RM4 juta sebulan.

Setakat ini, beberapa Ketua Polis Daerah (KPD) dan tiga pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta seorang pegawai Unit Perjudian (D7) Bukit Aman, ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjudian dalam talian yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haram.

Rujuk; https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/10/740225/sprm-siasat-ketua-polis-daerah

https://www.sinarharian.com.my/article/110483/BERITA/Nasional/20-polis-ditukar-disyaki-terlibat-Macau-Scam-judi-dalam-talian

2. Jika pegawai berporfolio tinggi dan pegawai-pegawai di bawahnya terlibat dengan rasuah, bagaimana dengan anggota berpangkat lebih rendah? Tidak mustahil ada yang terlibat dan selayaknya orang ramai bersangka buruk apabila mengetahui bahagian siasatan jenayah dan narkotik dikatakan terlibat. Apabila kecurigaan orang ramai terhadap anggota PDRM mulai timbul dan tidak lagi berasa selamat dengan kehadiran anggota keselamatan PDRM, maka ketidakstabilan masyarakat akan berlaku.

Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/740240/sprm-panggil-sembilan-pegawai-kanan-polis-bantu-siasatan

3. Apabila orang ramai mulai berasa tidak selamat apabila bersama dengan anggota PDRM sedangkan merekalah perkhidmatan kerajaan yang sepatutnya paling bersih dan berintergriti, maka sudah tentulah keselamatan negara juga turut terancam, terutamanya dalam kes-kes dadah seperti yang dilaporkan media mencecah jutaan ringgit. Orang ramai hilang rasa hormat kepada PDRM dan pasukan yang paling diharapkan ini akan hilang kewibawaannya sebagai pasukan keselamatan yang disegani.

4. Pembongkaran oleh SPRM dan Cawangan Khas ini sedikit sebanyak telah membuka minda masyarakat tentang aktiviti pengarah-pengarah PDRM. Itu baru satu bahagian. Bagaimana dengan bahagian-bahagian yang lain seperti unit trafik atau peronda, bahagian siasatan gangsterisme atau kongsi gelap, bahagian pemerdagangan manusia atau pelacuran dan banyak lagi. Semua bahagian ini melibatkan wang sehingga jutaan ringgit.

5. Terutama sekali kes pelacuran dan ini jelas sekali apabila boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja tangkapan terhadap aktiviti pelacuran yang kebanyakannya orang luar yang masuk menggunakan pasport pelancong, atau secara haram. Setiap tahun kita terbaca di media tentang pelancong luar negara yang tinggal dalam negara melebihi had tempoh.

Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/752835/8-wanita-asing-ditahan-tawar-khidmat-seks

6. Itu belum lagi yang datang dari negara berkulit putih seperti dari Kazakhstan, Kyrgystan, Uzbekistan, dan beberapa lagi dari blok-blok negara bawah Rusia termasuk dari Mongolia yang pada awalnya mereka masuk sebagai pelancong tetapi tertangkap kerana terlibat dengan aktiviti pelacuran pihak atasan dan pasport mereka sering diperbaharui tanpa melanggar sebarang undang-undang tinggal melebihi had iaitu di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, melanggar syarat Pas Lawatan Sosial, atau tidak mustahil ada yang memiliki pasport palsu.

Rujuk: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/02/205068/19-gro-warga-asing-diselamatkan-imigresen

7. Mereka inilah pengkhianat paling besar negara kerana mereka merupakan penguatkuasa undang-undang yang menjawat kedudukan tinggi tetapi tidak amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab malah mencabul undang-undang. Boleh jadi anggota terbabit bukan hanya dirasuah dengan wang ringgit tetapi mungkin juga dengan habuan seks pelacur-pelacur muda dari luar negara?

8. Malu dan kecewa bukan lagi isu tetapi Ketua Polis Negara (KPN) harus bertanggungjawab sepenuhnya atas perlakuan anggota bawahannya. Tidak timbul persoalan KPN terlibat atau tidak, ia mengenai sikap bertanggungjawab sebagai seorang ketua apabila anak buahnya terlibat dengan jenayah berat. Tidakkah polis yang didapati korup harus dipecat atau dikenakan tindakan disiplin bukannya sekadar ditukar cawangan?

Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/664262/saya-memang-kecewa

Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/110483/BERITA/Nasional/20-polis-ditukar-disyaki-terlibat-Macau-Scam-judi-dalam-talian

9. Tetapi lain pula dengan negara kita ini, terutamanya ahli politik yang tidak ada maruah diri sekalipun melakukan kesilapan berpuluh kali. Muka tebal mereka membuatkan mereka masih berlegar-legar di Parlimen tanpa segan silu. Kita bukan sahaja biasa dengar menteri-menteri dari luar negara letak jawatan apabila mereka gagal menjaga kementerian mereka tetapi tercalar dengan perilaku akhlak yang tidak baik juga mendorong mereka meletakkan jawatan. Prinsip seperti inilah yang diperlukan negara bagi memulihkan integriti sebahagian negarawan atau kakitangan kerajaan.

10. Jika keadaan ini berterusan, Malaysia akan dilihat sebagai negara yang tiada integriti baik dalam kalangan ahli politik atau kakitangan kerajaan. Bekas banduanpun masih boleh diangkat semula naik menjadi menteri, ini tidak mustahil. Keadaan ini mengingatkan kita bagaimana negara-negara luar menyindir kita suatu masa dahulu dengan slogan; “MALAYSIA BOLEH”.

MUAFAKAT bimbang slogan ini bukan setakat menjadi mercu kejayaan dalam kebajikan tetapi juga mercu melakukan jenayah dan kejahatan, nauzubillah.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Top