Propaganda Melaga-Lagakan Sesama Islam Di Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2020

1. Semuanya bermula dengan tindakan TLDM menghalang dua buah bot yang sarat dengan pelarian Rohingya dari Cox’s Bazar daripada masuk ke perairan Malaysia. Kemudian tersiar pula kenyataan Eric Paulsen yang menyanggah tindakan ATM menghalau bot pelarian tersebut dalam tulisannya di media Patriot bawah tajuk: “Eric Paulsen Bantah Kerajaan Halang Pendatang Masuk Dalam Negara Ketika Wabak”.

Rujuk: https://www.thepatriots.asia/eric-paulsen-bantah-kerajaan-halang-pendatang-masuk-dalam-negara-ketika-wabak/

2. Siapakah Eric Paulsen? Beliau adalah seorang peguam, pengarah eksekutif dan pengasas NGO; Lawyers for Liberty (LFL) yang juga dianggotai oleh Latheefa Beebi Koya iaitu bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM. Eric Paulsen dalam akaun Twitter-nya, sangat lantang mempertikai segalanya mengenai Islam terutamanya mengenai hukum hudud dan pernah bentak isu khutbah Jumaat.

Rujuk: http://algoojo.blogspot.com/2015/01/eric-paulsen-perlekeh-khutbah-jumaat.html

3. Pergerakan Pemuda UMNO pernah mempertikaikan pelantikan Eric Paulsen oleh Menteri Luar; Datuk Saifuddin Abdullah ketika di era kerajaan PH sebagai wakil baru dari Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021. Turut menambah, beliau juga adalah peguam yang membela DS Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Barangkali sudah sampai masanya kerajaan PN batalkan lantikan beliau sebagai wakil kerajaan PN kerana pandangan dan perspektif beliau penuh bercirikan PH daripada PN pada hakikatnya.

Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/519728/eric-paulsen-wakil-baharu-malaysia-ke-aichr

4. Seterusnya isu pelarian Rohingya ini disambut pantas oleh DS Anwar Ibrahim yang mula mensensasikannya dengan kenyataan membantah tindakan TLDM yang menghalang kemasukan bot masuk ke Malaysia. Beliau tampil membela nasib pelarian Rohingya dengan mengkritik kerajaan PN kononnya telah bersikap zalim.

Rujuk: https://malaysia.news.yahoo.com/amid-vitriol-locals-anwar-says-102555234.html

5. Untuk menaikkan rasa marah di kalangan warga maya disajikan pula dengan lambakan video tular di media sosial yang rata-rata kebanyakannya adalah video lama solidariti Rohingya di Taman Tasik Titiwangsa, 2016. Jika diperhalusi, kita dihidangkan dengan adegan satu pihak di mana DS Anwar bangkit sebagai wira memperjuangkan hak asasi kemanusiaan membela nasib kaum Rohingya dan di satu pihak lain kita dilambakkan dengan adegan kaum Rohingya ini pengotor, jijik dan kurang ajar supaya isu ini menjadi panas dan akhirnya memerangkap kerajaan PN dengan isu kemanusiaan dan keselamatan serta kebajikan rakyat.

6. Padahal isu Rohingya ini tidaklah sebesar manapun jika dibandingkan dengan isu pendatang asing yang majoritinya dari China menjadi rakyat Malaysia dengan MyKad palsu. Ini jelas menunjukkan isu Rohingya adalah bersifat ‘diversion‘. Apabila sindiket ini sudah terbongkar, maka bermulalah agenda RBA terpaksa mencari jalan agar pendatang China ini tidak digempur semasa waktu PKP berlangsung.

7. Sebagai umat Islam yang dibekalkan nilai kasih sayang, kita harus tanya pada diri sendiri mana yang lebih mudarat di antara isu pelarian Rohingya yang hanya memiliki kad UNHCR atau pendatang China yang telahpun mencecah sehingga 300 ribu orang yang sudah memiliki MyKad? Mari kite rungkai satu persatu.

8. Pelarian Rohingya ini mudah dikenali dengan rupa paras mereka yang berbeza dari rakyat Malaysia. Mereka yang dalam linkungan 100,000 orang sahaja, menetap di kawasan tertentu terutamanya di Selayang dan berselerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kuala Lumpur. Kita lihat pula pendatang asing dari China, yang jumlahnya berdasarkan laporan mencecah sehingga 300,000 orang. Susuk tubuh dan rupa paras yang sama dengan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, menyukarkan kita mengenalpasti mereka.

9. Kerana itu, Bahasa Melayu adalah penting untuk membezakan antara rakyat Malaysia dan pendatang asing yang tidak petah berbahasa Melayu. Kebanyakan mereka bertebaran di serata tanahair dan menyelinap tinggal bersama rakyat Malaysia yang mempunyai majoriti penduduknya berbangsa Cina. Mana lebih mudarat dan berisiko; pelarian Rohingya yang mudah dikenali dan hanya berada di sekitar Selayang atau pendatang haram dari China yang bertebaran di serata bandar di dalam negara?

10. Tambahan pula, mereka mempunyai kekuatan ekonomi (wang) yang kukuh dan mereka bukan hanya mampu membeli MyKad palsu dengan harga yang tinggi malah mampu membeli sebuah rumah atau kondominium di negara kita. Lebih mengejutkan bila mereka berkemungkinan besar boleh mengundi untuk memilih kerajaan yang akan datang. Ini suatu pencerobohan yang amat berat dari bangsa Cina kepada kedaulatan Malaysia, yang dulunya adalah Tanah Melayu. Ditambah lagi dengan isu yang dikatakan pendatang haram ini juga memperoleh pelbagai bentuk bantuan ketika PKP yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Malaysia.

11. Berbalik kepada pelarian Rohingya dimana 90 peratus hidup di dalam kesusahan serta miskin, mustahil mereka mampu untuk membeli MyKad palsu. Majoriti mereka hanya bergantung kepada kad UNHCR. Mana lebih mudarat dan berisiko; pelarian Rohingya atau pendatang China yang sudah ada MyKad dan boleh mengundi pada PRU yang akan datang?

12. Selain isu MyKad, krisis di Laut China Selatan juga harus diambil berat kerana berita terbaru menunjukkan betapa hampirnya tentera China di Malaysia. Sekiranya AS menarik diri dan tidak mahu campur tangan di Laut China Selatan, kita terdedah kepada kuasa China yang boleh mempengaruhi geopolitik di Asia Tenggara. Seandainya kita mahu membuat tindakan ke atas pendatang China, kita harus ingat China sudah kuat di Laut China Selatan maka kita boleh buat tanggapan bahawa pendatang haram China di Malaysia sudah selamat kerana pasti kerajaan yang memerintah Malaysia tidak berani mengganggu mereka.

Rujuk: https://youtu.be/68_WEwPylil

13. Berbanding dengan pelarian Rohingya yang tidak mempunyai sebarang sebab untuk dikaitkan dengan ancaman besar jika kita bertindak sesuatu ke atas mereka kerana tiada negara yang akan ‘back-up‘. Begitu juga dengan isu LTTE, ada ‘back up‘ di belakangnya, itu belum lagi mengenai perhimpunan alumni komunis tahun lalu di Kajang.

14. Dan yang paling menyedihkan, isu ini berlaku di bulan Ramadan di mana bulan penuh keberkatan dan kemuliaan yang sepatutnya umat Islam berpuasa daripada menyakiti umat Islam yang lain, bukan hanya puasa dari makan minum sahaja. Sepatutnya kita mendidik diri kita menjadi pemurah kerana di dalamnya ada ibadah zakat fitrah yang mencorak peribadi Muslim itu saling menyayangi sesama Muslim.

15. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia, jika anda mudah diumpan oleh kelompok pengkhianat yang rasis, maka silalah fokus kepada isu pelarian Rohingya. Ini negara demokrasi dan kerajaan PN dikatakan kerajaan Melayu Islam apabila majoriti kabinetnya adalah Melayu dan Islam. Tiada siapa boleh menghalang anda untuk berhujah kecuali secara terang melanggar syarak sedia ada, iaitu Firman Allah SWT:

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)”. (Surah al-Fath: Ayat 29)

16. Kemudian cuba kita renungi hadis ini sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-NYA, kamu sekalian tidak akan masuk ke dalam syurga hingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman hingga saling mencintai (di antara kamu). Mahukah kamu tunjukkan kepada atas sesuatu amalan, jika kamu kerjakan dapat membuat kamu saling menyintai? Sebarkanlah ‘salam’ di antara kamu.”

17. Dan hadis riwayat Muslim menyebut dengan jelas, Rasulullah saw. bersabda:

“Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya (teraniaya). Siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan saudaranya maka Allah Taala membantunya pula (mencukupkan) keperluannya. Siapa yang melapangkan kesulitan seorang Muslim, maka Allah Taala melapangkan pula kesulitannya kelak di hari Kiamat. Dan sesiapa yang menutup kesalahan (aib) orang Muslim, maka Allah menutupi pula kesalahannya kelak di hari Kiamat.” (Sahih Muslim)

18. Juga hadis yang Nabi SAW bersabda:

“Seseorang tidak dikatakan beriman (dengan sempurna) sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri”. (Riwayat Imam al-Tirmidzi)

19. Dan hadis yang Rasulullah saw bersabda:

“Anda lihat orang-orang yang beriman itu saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas.” (Sahih al-Bukhari)

20. Tapi malangnya lain pula yang terjadi, hanya kerana terpedaya dengan momokan propaganda dari RBA, tercabut keimanan dan kasih sayang dalam hati kita hingga terpacul kata-kata nista dan mengugut mahu menghantar pulang ke negara asal dan hilang belas kasihan sehingga sanggup membiarkan rejim agama Buddha menyembelih saudara Islam kita hanya kerana bersandarkan kepada alasan saudara Islam kita yang ini pengotor dan kurang ajar. Kita hilang kerasionalan dan sifat kemanusiaan sehingga sanggup melihat umat Islam Rohingya disembelih daripada memikul tanggungjawab menjaga dan melindungi sebagaimana Islam menuntut kita menunaikannya. Ya Salam…

21. Sekali diingatkan kaum Rohingya ini adalah pelarian Islam yang mencari perlindungan mengharapkan simpati dari saudara seIslamnya, adakah kerana kotor dan kurang ajar mereka tidak layak lagi dibantu? Manakala pendatang haram yang sengaja masuk dan mendapat MyKad palsu pula kita tidak melompat marah dan membantu kerajaan menangani mereka apatah lagi mereka ini adalah orang kafir dan dibantu pula oleh orang kafir dalam negara kita yang ingin melihat kehancuran Islam dan Melayu. Mana hilangnya keimanan kita di bulan Ramadan?

22. Dan MUAFAKAT menyarankan supaya kerajaan dan masyarakat tidak perlu ambil peduli provokasi pertelingkahan isu Rohingya yang sengaja diada-adakan oleh golongan tertentu yang berkepentingan politik ini. Fokus utama kita sekarang adalah menangani dan menyekat merebaknya wabak berbahaya Covid-19. Nasihat saya, kita abaikan dan biar NGO atau Kementerian Luar Negara selesaikan isu pelarian Rohingya ini dengan bijaksana dan dalam suasana harmoni.

Haji Rashidi bin Haris

KETUA MEDIA MUAFAKAT

Top