Negara Jiran Tegas Sekat Koronavirus, Malaysia Tunggu Apa Lagi?

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2020 - Tidak dinafikan semua negara jiran telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang tegas dengan menyekat kemasukan pelancong daripada negara China, dan menghalang rakyatnya sendiri daripada melancong ke negara China.

2. Saat ini, Hong Kong dan China sendiri telah mengisytiharkan darurat. Manakala negara jiran kita seperti Filipina pada 25 Januari telahpun mengusir pelancong daripada China berpatah balik ke negara mereka. Di Britian khabarnya pihak berkuasa sedang memburu saki-baki pelancong China yang memiliki visa tinggal lebih lanjut dan masih berada dalam negaranya, mereka ini akan diarah balik ke China.

3. Negara Russia bersempadan dengan China pula terus sekat kemasukan pelancong China ke negaranya. Thailand pada 24 Jan, kelmarin menahan pelancong dari China sebaik tiba di lapangan terbang dan mengarahkan supaya berpatah balik ke Tanah Besar China, begitu juga dengan Indonesia dan negara-negara lain.

4. Risiko bahaya penyakit koronavirus yang boleh membunuh ini jauh lebih besar kemudaratannya kepada rakyat daripada kerugian dalam sektor pelancongan negara. Peliknya, dalam keadaan huru-hara bagi membendung penyebaran wabak ini di kalangan rakyat ada pula pihak yang beriya-iya mahu menjaga kebajikan kaum pembawa virus ini.

5. MUAFAKAT menegur; jangan politikkan wabak penyakit berbahaya ini dengan menunjuk sikap kononnya rahmah lalu membelakangi nasihat orang ramai, tidak mahu menyekat kerana sebelum ini Malaysia telah pun mengumumkan pemberian visa percuma sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong dari negara China, amatlah tidak bertepatan dengan keadaan semasa.

6. MUAFAKAT berasa amat bimbang, dan mendesak kerajaan bertindak segera menangani isu ini. Kerajaan harus serius mengambil langkah-langkah tegas dengan menyekat, mengusir dan membentangkan perancangan pencegahan yang benar-benar efektif menangani penularan wabak ini dengan segera. Jangan pertaruhkan nyawa rakyat kerana mahu menjaga kepentingan sampingan, sedangkan yang utama diabaikan sehingga bala melolos masuk ke dalam negara dan tersebar di kalangan orang Melayu Islam yang tidak bersalah.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Top