KIta Menolak ISIS Bukan Maksudnya Kita Menyokong Pula LTTE

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2019 - Kita sedia maklum Aisyah yang dikaitkan dengan ISIS, telah syabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan miliki 12 buku berkaitan penganas ISIS. Bukannya sebagai ahli ISIS tetapi kerana menyimpan buku-buku yang dikatakan memaparkan keganasan dan dilabel sebagai Pengganas Antarabangsa.

Tetapi lain pula dengan Pengganas LTTE dan juga para penyokong LTTE baik yang memang mungkin ahli LTTE ataupun sebagai penyokong, di negara ini mereka jelas bebas berarak di jalan raya tanpa diambil tindakan dan tidak didakwa dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa atas tuduhan menjadi ahli kepada kumpulan PENGGANAS LTTE di Malaysia yang disokong bersama oleh Ramasamy.[1]

Pihak berkuasa harus bertindak tegas dengan bertindak adil dalam melaksanakan undang-undang.

Jangan takut kepada tekanan politik ini kerana seluruh rakyat Malaysia sentiasa menyokong PDRM terutamanya dalam membenteras keganasan, bukan hanya ISIS tetapi juga keganasan yang pernah dicetuskan oleh penganas LTTE ini, termasuk pengganas komunis di Malaysia..

Antara peristiwa yang tidak akan dilupakan ialah pembunuhan kejam LTTE ke atas umat Islam di Sri Lanka, pada 3 Ogos 1990, ketika umat Islam menunaikan solat Isyak di masjid Kattankudy, Sri Lanka.

Tiba-tiba datang seramai 30 orang militan Tamil yang dipercayai dari kumpulan penganas LTTE, sebaik sampai mereka serta-merta melakukan serangan ke atas masjid pada saat para jamaah sedang sujud.[2]

Serangan itu mengakibatkan seramai 147 orang Islam ditembak di dalam masjid tersebut. Kesemua jemaah tersebut dikafankan dan ditanam secara beramai-ramai.

Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa siri lagi serangan mereka terhadap umat Islam di Sri Lanka, seperti 10 Mac 2009 ketika umat Islam sedang meraikan Maulud Nabi. Di tengah-tengah program itu berlaku letupan bom bunuh diri sehingga menyebabkan 40 orang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.[3]

Inilah idealogi pengganas LTTE sedang membiak di dalam negara ini. Tidak cukup untuk mengatakan mereka ini berbahaya?

Bila kita menolak ISIS, bukan bermakna kita menyokong pula LTTE.!?

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT
_____________

[1] https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/09/20/cops-to-conclude-probe-into-ramasamys-alleged-links-to-sri-lankan-rebel-group/

[2] https://www.nytimes.com/1990/08/05/world/tamils-kill-110-muslims-at-2-sri-lankan-mosques.html

[3] https://aoav.org.uk/2018/suicide-terrorism-in-the-sri-lankan-civil-war-1983-2009/

Top