Kejahilan Islam Liberal Yang Sengaja Persenda Malam Lailatulqadar

KUALA LUMPUR. 28 MEI 2019 - Timbalan Menteri Pelancongan Pakatan Harapan telah memuatnaik status Facebook beliau yang terang-terangan menghina bulan Ramadan. Sama ada beliau menyedarinya atau tidak, perkara ini amat dikesali.

Dilaporkan YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik telah memuatnaik pada status Facebook beliau dengan kata-kata berbunyi:

“Jom tido awal, esok awal pagi kita ke masjid mengejar Lailatulqadar. Tadi dah Lailatulkamdar.”

Posting tersebut dimuatnaik pada jam 10.33 malam tadi tarikh 28 Mei 2019, dan diedit 9 jam kemudiannya. Sebagai seorang Islam perbuatan ini tidak patut berlaku, tambah lagi posisi beliau sebagai seorang “Timbalan Menteri” dalam portfolio kerajaan.

Haji Rashidi bin Haris, seorang aktivis yang bergerak cergas dalam NGO MUAFAKAT, menggesa Timbalan Menteri Pelancongan; YB Muhammad Baktiar segera bertaubat dan membuat permohanan maaf secara terbuka sama sepertimana yang beliau lakukan tanpa segan silu mempersenda kesucian agama Islam secara terang terangan.

Sekalipun dalam piagam Islam Liberal yang meletakkan “kebebasan” itu adalah keutamaan, daripada seorang itu terikat dengan hukum hakam, namun menjadikan malam yang Allah SWT letakkan kedudukan malam tersebut sebagai malam yang paling mulia dan istimewa daripada malam seribu bintang adalah suatu perbuatan melampau.

Sekalipun beliau boleh diketegorikan sebagai golongan Jahil Murrakab, namun Haji Rashidi masih bersangka baik setidaknya meletakkan beliau tergolong dalam kumpulan Jahil Basit, memandangkan idola beliau adalah Bapa Pluralisme, yang berkemungkinan besar telah menerapkan ideologi Liberalisme ke minda YB Muhammad Baktiar ini.

Dalam kaedah fiqah, bergurau senda terhadap ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Quran adalah dilarang dan hukumnya HARAM lagi berdosa besar. Jika beliau seorang itu berilmu dan sengaja mempersenda-sendakan ayat-ayat Al-Quran dengan tujuan untuk membuat orang lain ketawa, perbuatan ini boleh menyebabkan GUGUR IMAN.

Justeru, Haji Rashidi bin Haris yang juga Ketua Media MUAFAKAT mendesak agar Muhammad Baktiar segera bersyahadah mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat tidak akan lagi mempersenda-senda ayat-ayat Al-Quran.

“Kebebasan Bersuara Itu Bukanlah Hak Kebebasan Untuk Menghina.”

Top