Apabila Ulama DAP Fobia Dengan Gelarannya Sendiri

Print

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Semalam disiarkan juga rakaman rancangan ANALISIS, wawancara antara hos rancangan, Finas Yunus bersama Haji Aminuddin, selaku Presiden ISMA, dan juga Presiden UMMAH, sebuah gerakan gabungan NGOi terbesar di Malaysia, bersama Saudara Wan Ji selaku Pegawai Penerangan Pejabat KM Pulau Pinang, mengenai tajuk: ISLAM DIBULI BAWAH PH?

Tajuknya sahaja sudah panas dan pasti yang membicarakannya juga akan menyemarakkan suasana menjadi panas, apatah lagi dengan kehadiran Wan Ji yang memang terkenal dengan sikapnya yang suka membuat provokasi terhadap pihak saingannya, dan ini terbukti pada awal-awal wawancara lagi beliau yang mulakan terjahan demi terjahan menyerang NGO yang diwakili oleh Haji Aminuddin iaitu ISMA, dengan berbagai persepsi.

Dan akhirnya, provokasinya memakan dirinya sendiri apabila sikap kebiadaban Wan Ji terserlah mengatasi profesionalisme bila beliau gagal mengawal emosinya dengan spontan melenting digelar dengan gelaran yang sinonim yang jawatan yang disandang olehnya iaitu “Ulama DAP”.

Sila tonton rancangan ANALISIS yang menjadi punca terbit gelaran tersebut terhadap Wan Ji sebagai “Ulama DAP di sini;

https://youtu.be/8qZcCeb3DDs

Dan beliau menafikannya dengan mengatakan beliau mewakili PKR bukannya DAP namun video ini pula membuktikan penafian beliau itu, dan dengan jelas menunjukkan bila dan siapa yang melantiknya menjadi “Ulama DAP” melalui terbitan media Malaysiakini bertarikh 28 Sept 2017, rujuk di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/396602

Kenapa harus Wan Ji mengatakan pelantikan dirinya sebagai “ULAMA DAP” itu suatu fitnah, padahal sepatutnya beliau berbangga dengan gelaran tertinggi tersebut, kerana itu tandanya beliau telah berjaya menjalankan tugasnya berdakwah kepada golongan kafir harbi DAP?

“Saya masih tertanya-tanya kenapa harus melenting dengan gelaran yang mulia itu, bukankah ianya suatu penghormatan?” Soal Haji Rashidi, Ketua Media MUAFAKAT.