Apakah Ini Sebahagian Daripada Agenda Menggugat Kedaulatan Raja-Raja Melayu?

KUALA LUMPUR, 11 April - Baru sahaja Malaysia mengumumkan menarik diri daripada Statut Rom, timbul pula polemik baru apabila Timbalan Menteri Pendidikan mempersoalkan kertas pembentangan berkaitan Statut Rom oleh empat tokoh akademik negara yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu.

“Saya hairan kenapa 4 sahaja, bukankah selain 4 ada beberapa lagi terlibat sama dalam penjelasan kepada Raja-Raja mengenai Statut Rom ini ada bersama Peguam Negara, Tommy Thomas serta ahli perundangan, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi ketika mana mesyuarat Majlis Raja-Raja dijalankan.

Walaupun Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching menafikan ada membuat kenyataan akan mengambil tindakan terhadap empat ahli akademik tersebut tetapi ucapannya dengan berkata;

“Akan dibincangkan dan dikaji secara menyeluruh”, itu bagai menggambarkan seolah-olah empat ahli akademik yang terlibat membentangkan laporan berkenaan akan dikenakan tindakan juga.

Kenyataan beliau itu boleh mengundang rasa gusar rakyat, seakan-akan di Malaysia ini sudah tidak ada lagi kebebasan akademik yang sebelum ini mereka ketika jadi pembangkang mencanang sana sini tuntut “kebebasan bersuara”. Sepatutnya ianya tidak perlu dibincangkan kerana itulah hak dan peranan golongan akademik.

Persoalan timbul;

Apakah Kementerian Pendidikan cuba menerapkan elemen ‘dictatorship’, dalam usaha mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan laporan akademik yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja?

Dan apakah tindakan Gabungan Pembebasan Akademik IPT serta YB Teo Nie Ching ini menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Raja-Raja untuk menarik kembali penyertaan Malaysia dari Statut Rom?

“Ingat, jika ini yang tersurat (tidak puas hati dengan keputusan Majlis Raja-Raja), maka tentunya ada lagi yang tersirat”, kata Haji Rashidi bin Haris.

Selaku Ketua Media MUAFAKAT, Haji Rashidi Haris berkata beliau melihat perkara ini sebagai satu agenda tersembunyi dan tersusun oleh pihak-pihak tertentu dalam menggugat kedaulatan Raja-Raja Melayu selaku pemilik negara ini.

Top