Kenyataan Media MUAFAKAT - Menyokong Kenyataan Media MAIWP Jawab Isu Putar Dan Tular Zakat

KUALA LUMPUR - 20 Jun, PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (MUAFAKAT) merujuk perkara di atas seperti yang dilaporkan oleh wartawan Menara 19 Jun 2017 dimana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuat penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis mengenai pengurusan zakat yang tidak cekap.

Setelah meneliti perincian tentang pengurusan pengagihan zakat yang diberi oleh MAIWP dalam jawapan mereka, MUAFAKAT berpuas hati bahawa MAIWP telah mengambil pelbagai kaedah untuk pengagihan zakat dan telah berjaya melakukannya dengan baik. Melalui kajian yang MUAFAKAT buat sendiri, pengurusan MAIWP sangat proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada asnaf termasuk sumbangan kepada tabung kebajikan sosial hospital, menyantuni geladangan dan mengagih zakat ke pusat transit gelandangan, menjejaki golongan memerlukan bantuan dengan turut turun padang,skuad jejak asnaf baitulmal, menyediakan makanan tengah hari di 9 buah pusat agihan zakat, skuad musibah baitulmal yang menyantuni keluarga yang ditimpa musibah, skim bantuan galakkan hafaz Al-Quran, mengadakan kaunter bergerak untuk membolehkan orang ramai membuat permohonan bantuan zakat dan lain-lain lagi.

Oleh itu MUAFAKAT mendapati adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menghakimi MAIWP tanpa mengambil kira semua ikhtiar MAIWP untuk menentukan gologan asnaf mendapat hak mereka. MUAFAKAT dengan ini menyatakan sokongan terhadap MAIWP untuk terus cemerlang dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan khasnya dan terus mengambil langkah-langkah penambahbaikkan tanpa menghirau kritikan-kritikan pihak luar.

Kami mendoakan kesejahteran kakitangan MAIWP dibawah pengkemudian Tn Hj Paimuzi Bin Yahya dalam menjaga amanah zakat ini.

 

Yasin BS Baboo

Setiausaha Agung,
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) 

Top