Kenyataan Media Berhubung Isu Judi Haram

KUALA LUMPUR 14 Feb - Virus judi telah menjadi satu ancaman dewasa ini sehingga menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh pelbagai pihak yang prihatin dalam masyarakat. Walaupun pihak penguatkuasa ada mengambil tindakan dan pelbagai cadangan diberi untuk menangani virus ini namun sehingga kini ia dilihat tidak memberi kesan. Hal ini memberi imej yang tidak baik kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.
 
Penularan kegiatan judi ini semakin tidak terkawal dan kini dibimbangi menjadi fenomena lazim di kalangan golongan remaja dan pelajar sekolah. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) percaya ini adalah aktiviti yang sengaja dirancang dengan motif yang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan belia Muslim seperti yang ternyata dalam agenda Protokol Zionis-Freemason. Oleh yang demikian, MUAFAKAT menggesa Kerajaan memberhentikan pengeluaran lesen baharu dan tidak memperbaharui lesen sedia ada. Maka untuk memastikan yang demikian itu, semua bentuk perjudian yang berlesen atau tidak berlesen perlu diperangi sehingga ke akar umbi. Dalam konteks ini kami menyarankan pihak polis mengadakan dialog dengan ulama dan NGO Islam. Kami juga mencadangkan supaya diadakan semakan peraturan sedia ada dengan tambahan hukuman mandatori penjara dan sebatan kepada yang sabit kesalahan. Hukuman ini adalah sebagai langkah pencegahan daripada kesan buruk keruntuhan sosial aktiviti perjudian ini yang sama seperti dadah malah lebih dahsyat lagi.
 
Memandangkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan indeks syariah dalam lapan sektor termasuk sektor sosial maka MUAFAKAT mencadangkan penubuhan Suruhajaya bebas bagi mendepani gejala judi yang boleh meruntuhkan sesebuah masyarakat dan negara. Keanggotaan Suruhanjaya ini perlu terdiri daripada pelbagai latar belakang yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Fairuz Bin Dato' Sheikh Abdul Halim bekas Ketua Hakim Negara, dan dianggotai antaranya oleh Yang Berbahagia Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia serta beberapa tokoh-tokoh yang lain.
 
Yasin BS Baboo 
SetiausahaAgung 
MUAFAKAT
 
 

IJH2 IJH3isujudiharam

Top