Wacana: Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun (24 Januari 2010)

 Alhamdulillah, Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah I yang bertemakan Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun telah selesai diadakan hari ini Ahad 24 Januari 2010 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lupur.

 

wacana1 Audence1Wacana tersebut telah dihadiri oleh hampir 600 peserta yang berdaftar dan ada juga yang hadir dengan tidak mendaftar. Para perserta datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

wacana1 Audence2

Program diisi dengan tiga pembentangan kertas-kerja seperti berikut:

  • Menilai Secara ’Ilmiyah Mengenai Peranan ‘Abdul Wahhab Sebagai Mujaddid-Muslih.
  • Wacana Religio-Intelektual Najdiyyun: Pro Dan Kontra Terhadap Peranannya Pada Tamaddun Ummah.
  • Pemikiran Aliran Najdiyyun Dalam Menghadapi Pemikiran Pasca-Modernisme: Satu Pengamatan

 

Ketiga-tiga kertas tersebut  dibentang oleh dua tokoh yang banyak menulis dalam daa akhbarwacana1 Audence3wacana1 Audence3 iaitu Ustaz  (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, ISTAC, KL dan Profesor Madya Dr. Asmadi Muhammad Na‘im, dari Kolej Perniagaan, UUM, Sintok.

 

Suasana wacana berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan atau apa-apa peristiwa yang tidak diingini berlaku dengan para peserta tekun dan bersungguh mendengar hujah-hujah yang bernas dihidangkan kepada mereka. Suasana ini jauh sekali dari sangkaan dangkal yang dibuat oleh beberapa pihak yang tidak menyenangi penganjuran program seperti ini dengan mereka membuat laporan polis seminggu sebelum ini.

wacana1 Audence4Program yang bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8:00 pagi diakhiri dengan sesi soal jawab yang ditamatkan sebelum jam 5:00 dengan para peserta diberi peluang sebebasnya untuk menyuarakan pandangan dan soal mereka.

 

Urusetia Wacana turut mengambil kesempatan dengan mengumumkan kutipan dana bantuan untuk Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas Kelantan yang terbakar pada awal pagi Jumaat lalu. Kutipan sebanyak lebih RM3,500 berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada pengurusan pondok dengan kadar yang segera.

 

MUAFAKAT ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas Jabatan Agama Islam Selangorwacana1 Audence5 (JAIS) yang telah sama-sama menganjurkan program ini serta kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi lain serta pihak pengurusan Masjid Wilayah yang membenarkan penggunaan premis mereka walaupun perubahan tempat telah terpaksa diadakan dalam masa yang amat suntuk. Kami juga ingin mengucapkan jawatankuasa wacana yang diketuai oleh Pengarah Program Ustaz Haji Ismail Mina bin Ahmad dan seluruh sukarelawan yang bertungkus-lumus mengadakan pelbagai persiapan untuk menjayakan wacana ini.

 

Top