Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-9 : LIBERALISMA - AGENDA JAHAT ILLUMINATI

BENNER WACANA web Final

 

WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-9

Tema:
Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati

Anjuran: 
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Dengan kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Tarikh:
Selasa, 17 Januari 2017
Bersamaan
18 Rabiul Akhir 1438H

Masa:
7.30 Pagi hingga 6.00 Petang

Tempat:
Auditorium Besar, JAKIM
Putrajaya (Bangunan Baru JAKIM)

Perasmian Oleh:
Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
 
 
PENDAHULUAN
 
Dewasa ini ancaman terhadap ‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah itu dipelbagaikan melalui war of ideas yakni serangan fahaman dan pemikiran Pasca Modernisme. Di antara jalur pemikiran ini ialah Liberalisme yang di dalamnya mengandungi Liberalisme Agama.
 
Antara ciri pemikiran Liberalisme Agama ialah seseorang itu bebas menggunakan pemikirannya untuk memahami agama. Justeru fahaman ini akan bergerak kepada satu lagi tahap iaitu mengumpulkan semua agama menjadi satu entiti berteraskan kepada semua agama sama benar belaka. Ini yang dinamakan Pluralisme Agama.
 
Di dalam pemikiran ini terdapat retorik dan slogan-slogan batil seperti kedamaian, persamaan, kebebasan individu, demokrasi, hak asasi manusia, persamaan gender, pergaulan dan seks bebas, kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan memilih agama dan lain-lain, dengan tujuan mewujudkan kelompok manusia yang berfikiran bebas atau liberal tanpa panduan agama.
Antara sarana mereka dalam menyebarluaskan ideologi liberalisme ini adalah melalui NGO-Islam dan parti politik yang berteraskan orang Melayu serta melalui penulisan. Fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama ini dikesan berada di Malaysia pada akhir tahun 80an lagi dengan tertubuhnya Institut Kajian Dasar (IKD).
 
Fahaman ini semakin berkembang dan tertumpu dalam masyarakat Islam Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah dengan kewujudan banyak lagi organisasi Liberalisme yang sifatnya mencabar lagi meruntuhkan Agama Islam yang murni ini.
 
Menyedari lagi menginsafi akan fenomena destruktif Liberalisme dan Pluralisme Agama ini, maka Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menganjurkan program sebegini sebagai usaha pencerahan dari suluhan Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah dan menggembeling tenaga pemikiran serta merangka program tindakan pencegahan berkesan dalam semua perspektif.
 
 
OBJEKTIF
⦁ Memberi penjelasan tepat mengenai sejarah Liberalisme, definisi Liberalisme, ciri-ciri Liberalisme serta bingkai (framework) gerakan Liberalisme di Malaysia.
⦁ Membuka perbincangan kritis mengenai cabaran dan ancaman gerakan Liberalisme di Malaysia.
⦁ Mengupas dan mendedahkan pemikiran Liberalisme yang bercanggah dengan ‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.
⦁ Mengupas dengan terperinci ciri-ciri Liberalisme serta mencari persepakatan bagi menyusun gerak kerja demi memperkasakan ‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah
⦁ Menghurai bagaimana gerakan Liberalisme mempengaruhi masyarakat yang boleh mendatangkan ancaman terhadap masyarakat dan Agama Islam di Malaysia.
 
 
 
ATURCARA SEMINAR
Tarikh: Selasa, 17hb Januari 2017 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1438H
 
7.30 pagi    Pendaftaran dan Sarapan Pagi
8.30 pagi    Pembukaan Majlis oleh Pengacara Majlis serta Doa
8.45 pagi    Kertas Dasar: Gerakan Liberalisme Dalam Grand Design Illuminati
                                      Presiden/Wakil MUAFAKAT
 
Sesi 1
 
   Moderator:
   Hj. Azhar bin Hj. Ahmad
   Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
   
Kertas Kerja 1: Trend Pemikiran Liberalisme Dalam Wacana Agama
Ustaz Muhammad Rashidi bin Haji Wahab
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
 
Kertas Kerja 2: Trend Pemikiran Liberalisme Dalam Wacana Politik Malaysia
Prof. Madya Dr Mohd Fauzi Hamat
Universiti Malaya (UM)
 
Kertas Kerja 3: Kesesatan Doktrin Liberalisme dan Respons Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah
Dr. Wan Adli Wan Ramli
Universiti Malaya (UM)
 
Sesi Soal Jawab
  
12.30 tgh      Makan tengah hari dan Solat
 
2:00 petang  Ketibaan Dif-dif Jemputan
 
 Ucapan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha
 Ketua Pengarah 
 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 
 Ucapan serta Perasmian
 YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom 
 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
 
 Pelancaran Buku:
   ⦁ Akhlaq Dalam Islam: Mendepani Abad ke 22 - Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady rh
   ⦁ Islam dan Fitnah Modernisme - Ustaz Wan Muhammad Bin Muhammad Ali rh
 
 
2.45   Sesi 2
 
Moderator:
Dr. Shafaai bin Musa
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
Kertas Kerja 4: Faham Liberalisme Dalam Wacana Maqasid Syari‘ah
Ustaz Sahri Abd. Rahman,
Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)
 
Kertas Kerja 5: Strategi dan Kesan Gerakan Liberalisme di Malaysia
Prof. Datuk Dr. Sidek Baba
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
   
Kertas Kerja 6: Gerakan Liberalisme Di Malaysia: Kajian Kes
Hj Azril Mohd Amin
Center for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA)
   
Sesi Soal Jawab
 
5.30 Petang  Minum Petang dan Bersurai
 
 
Top