Wacana Pemikiran & Pembinaan Ummah 2: Membanteras Gerakan Pluralisme Agama

poster wacana pluralisme 2

 

Pengisian:

  • Meneliti Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama

Dr. Anis Malik Thoha, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama,  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

  • Pluralisme Agama: Suatu Pengamatan Mengenai Isu-isu  Penting Yang Berkaitan Dengannya

Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, ISTAC, KL.

 

  • Pluralisme Agama: Program Yahudi Antarabangsa Untuk Pemurtadan

Dr. Syamsuddin Arif, Jabatan Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

  • Pluralisme Agama: Faham Pluralisme Agama Dan Percanggahannya Dengan ‘Aqidah Dan Syari‘ah  Islamiyyah

Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi.

 

  • Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Analisis Awal

Dr. Yusri Mohamad, di Kulliyah Undang-Undang UIA dan bekas Presiden ABIM

 

Anjuran bersama:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)

Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan

 

 

Kenapa Perlunya Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama

MUQADDIMAH

Hari ini, timbul gejala gerakan Pluralisme Agama secara sistematik di Malaysia yang bertujuan untuk menghakis pegangan ‘Aqidah dan Syari ‘ah Ummah Islamiyyah.

Gerakan ini adalah lanjutan dari gerakan salibiyyah yang anti-Islam dan pemurtadan yang berpanjangan dalam sejarah. Gerakan salibiyyah anti-Islam ini menggunakan strategi baru dengan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang terpelajar dan ahli politik profil tinggi untuk memikul dan mengusung idea mereka.

Pendekatan lunak atas nama kerjasama antara agama untuk kesejahteraan sejagat menarik minat mereka yang sudah ada benih-benih faham liberal agama untuk mencapai cita-cita mereka dengan lebih luas. Gerakan ini menyerang doktrin Islam-Ahli Sunnah wa Al-Jama‘ah yang paling asas dan membina epistemologi baru yang bertentangan dengan pemikiran dan peradaban Islam baku.

Gejala dan gerakan destruktif ini amat bahaya. Ia perlu diberi faham secukupnya kepada seluruh masyarakat Islam Malaysia supaya mereka tidak terjebak keperangkap kemusnahan ‘Aqidah dan Syari‘at. Ia wajib disekat serta-merta supaya ia tidak menular menjadi kanser dalam masyarakat kita.

 

TUJUAN PROGRAM

Maka dengan itu, Muafakat bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) akan menganjurkan Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah yang bertemakan Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah untuk tujuan berikut:

 

1.      Untuk mendedahkan kepada masyarakat Islam Malaysia mengenai doktrin Pluralisme Agama berdasarkan karya pendokongnya.

2.      Menerangkan kepada masyarakat betapa Pluralisme Agama bercanggah dengan ajaran Islam.

3.      Menerangkan mengenai bahaya faham Pluralisme Agama kepada Ummah Islamiyyah.

4.      Menghuraikan modus operandi gerakan faham Pluralisme Agama di kalangan masyarakat Islam.

5.      Menerangkan kesan faham Pluralisme Agama kepada masyarakat Islam.

6.      Mencari jalan penyelesaian kepada faham Pluralisme Agama ini.

  

PESERTA

Kumpulan sasaran  peserta ialah terdiri daripada:

1.      Pihak berkuasa Agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri, Pejabat-pejabat Mufti dan Jabatan-jabatan Agama Negeri.

2.      Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan.

3.      Ahli Akademik dan Persatuan Pelajar Islam IPTA dan IPTS.

4.      Mubaligh-mubaligh dan Guru-guru yang mengajar di Masjid dan Surau.

5.      NGO-NGO Islam.

6.      Pegawai-pegawai tinggi Swasta.

 

PENUTUP

Memandangkan bahawa faham Pluralisme Agama ini agak baru dan tidak begitu meluas di kalangan masyarakat Islam Malaysia, namun ia jangan diambil mudah. Pengalaman kita mengenai ajaran yang bercanggah dengan Islam, dan oleh kerana kita tidak mengambil tindakan pencegahan segera, akhirnya menjadi masalah serius yang terpaksa kita gunakan sebahagian masa dan tenaga untuk menyelesaikannya.

Moga-moga program ini akan membuka minda masyarakat kita mengenai wajah sebenar faham Pluralisme Agama dan bahayanya dan berusaha mengembeling tenaga untuk mencegahnya dari tersebar luas.

Top